Betapa kejamnya rakyat Malaysia hari ini. Video ini pasti mengundang perasaan bertambah-tambah benci kepada Mat Rempit. Kitorang rasa korang sedia maklum ada beza antara Mat Motor dan Mat Rempit. Mat Motor ni mereka yang ke tempat kerja atau menggunakan motosikal sebagai perantaraan urusan mereka manakala Mat Rempit pula kaki lumba haram dan ada antara mereka yang aktif terlibat dalam jenayah dan dadah.

Kejadian yang dipaparkan dalam rakaman CCTV berikut berlaku di Stesen Minyak Henti Rehat Butterworth – Kulim Expressway (BKE) pada 10 Ogos 2012. Apa yang lebih mengecewakan, kejadian tersebut ditonton orang ramai (dengan penuh gaya rileknya) tanpa memberi sebarang bantuan atau at least call la polis. Bila lihat dari video ni, Malaysia dah tak jauh beza dengan China. Jenaya berlaku depan mata orang boleh buat tak tahu.

Jika anda menonton video tersebut, mangsa tu tewas bila perompak terbabit datang semula bawa senjata. Mula-mula mangsa dah menang dah. Tambah kalau 3 4 orang yg jadi penonton wayang tu datang tolong dari awal, dah lama dah cabut lari si perompak tu.

“Tolong” tu tak membawa maksud anda perlu tolong belasah penjenayah tu (tengok keadaan). Banyak lagi cara nak tolong seperti jerit panggil lagi ramai org atau call polis. Bukan seperti menonton filem aksi di panggung wayang 🙂

Lainlah kalau si perompak awal2 dah bawa machine gun, kami pun awal2 dah cabut lari. lol

Visul ini adalah untuk tujuan analisa forensik dan jika anda tahu sebarang maklumat, boleh hubungi KOSUKE di bantuan[at]kosuke.org. KOSUKE adalah sebuah badan NGO di Penang.

Video asal oleh teamkosuke.

— Rakyat Malaysia semakin kejam —

Related Posts

Oh! Tiga Angota Polis Trafik Maut

Oh! Kemalangan Dahsyat di Kulim

Oh! Kemalangat Maut Bas Sekolah di Jalan Sandakan

Oh! Ibu ‘jemput’ anak di HKL, bukan di stesen komuter

Oh! Kemalangan Bas Terjun Gaung Di Genting Highlands

Oh! Pembaling Batu Ke Kereta di Taman Connaught Berjaya Ditangkap


Comments

Reply comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *