Bayangkan kereta baru tak sampai setahun yang korang beli hasil titik peluh sendiri dan anda jaga bagai mengalahkan bini sendiri dengan sukahati dicalar-balarkan oleh mereka yang tidak anda ketahui. Paling menyedihkan pihak management tidak mahu bertanggungjawab dan ada CCTV pun mungkin buat hiasan sahaja kerana ianya tidak berfungsi. Alasan yang diberikan CCTV rosak terkena petir sebelum raya hari tu. Dari CCTV yang tak berfungsi dapat diputuskan bahawa pihak management tidak menitik-beratkan soal-keselamatan kawasan tersebut. Kalau dah rosak, betulkan cepat-cepat. Tunggu apa lagi ye tak? Apa yang paling menyedihkan, masih ada manusia bermentaliti rendah dan tidak bertanggungjawab melakukan kegiatan tidak bermoral ini (vandalism)

Dari email yang kami terima;

“Pls help my fren. Hes one of the staff in lcct. After working, he found out alot of scratch on the front bonet And the worst thing is the management dont responsible for this! We’ve lodge a police report *The cctv doesnt work aswell”

Menurut maklumat lain, kejadian ini berlaku dalam kawasan parking kereta untuk staff di LCCT. Biarpun berdekatan dengan pusat kawalan keselamatan, kejadian seperti ini tetap berlaku. Pihak pentadbir juga ambil sikap lepas tangan.

Tetapi ada kemungkinan juga ianya dilakukan oleh kanak-kanak. Mungkin bila disedari ibu-bapanya, terus bawa cabut lari ibarat dah baling batu, sorok tangan. Musibat untuk pemilik kereta yang perlu menanggung kerugian untuk memperbaiki semula kenderaan. Tempatkan diri kita di tempat pemilik kereta tersebut, kalau calar seperti sehelai rambut pun dah sakit hati, apa lagi bila kereta dijadikan tempat conteng seperti buku permainan kanak-kanak. Alahai, nasib badan!

OHTIDAK: KALAU KES MACAM NI JADI KAT KORANG, APA MACAM?

Related Posts

Oh! Pekerja TNB Ditetak, Hampir Terputus Tangan Kiri

Oh! Atuk Buli Nenek Punca Pergaduhan

Oh! Atuk Dan Nenek Gangster

Oh! Pembaling Batu Ke Kereta di Taman Connaught Berjaya Ditangkap

Oh! Bom Jatuh Dari Bumbung

Oh! Ajaran Sesat Ayahanda


Comments

Reply comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *