Categories
Kemalangan

Oh! Toyota Camry Terbakar di NKVE

Kejadian ini berlaku hari Rabu lalu, 25 Julai 2012 di NKVE, dari arah Damansara Jaya ke Kota Damansara. Pada petang tersebut, kami sempat menyampaikan berita ini di Facebook kami. Anda boleh lihat update tersebut melalui link ini. Apapun mungkin gambar tersebut tidak jelas, berikut adalah satu lagi gambar random yang kami terima.

Toyota Camary ini nak kata lama tidak dan nak kata baru pun tidak. Plate’nya, WQS XXXX. Nombor pendaftaran pada gambar di atas terpaksa kami tutup bagi menjaga kehormatan pihak-pihak tertentu. Apapun takziah diucapkan kepada pemilik kenderaan tersebut. Benda kalau nak jadi, tak siapa boleh halang.

Kepada semua pemandu di luar sana, jagalah kereta anda. Usah berani-berani mod kereta anda sana-sini di workshop bawah pokok yang tidak diyakini kepakarannya. Kelak anda sendiri yang merana.

Oh ya, secara kebetulan sehari selepas kejadian ini berlaku, berlaku pula kejadian Toyota Vios terbang. Macam-macam!

OHTIDAK: UNTUNGNYA DUA KEJADIAN YANG BERLAKU INI TERJADI PADA KERETA BERJENAMA TOYOTA. KALAU TERJADI PADA PROTON, TENTU RAMAI YANG MENGUTUK SANA-SINI. PADA KAMI KERETA APAPUN YANG ANDA GUNAKAN, KALAU TAK PANDAI JAGA, SEMUA BENDA BOLEH ROSAK. KALAU LAJU IKUT RASA, KERETA APAPUN BOLEH KEMALANGAN. JADI PUCUK PANGKAL TERPULANG PADA KITA. JADILAH PEMANDU YANG BERHEMAH. JUGA JADILAH PEMANDU YANG TAHU SERBA-SEDIKIT TENTANG KERETA. USAH HANYA TAHU MEMANDU SAHAJA.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *