SEREMBAN – Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor yang menghentak kepala seorang pekerja hotel dengan pistol hanya kerana salah faham mengenai pemulangan baki wang pembelian ais krim ditahan kelmarin.

Kejadian pukul 2.50 pagi di sebuah hotel bajet di Seremban 2 itu berlaku apabila pegawai berusia 32 tahun tersebut datang bersama tiga rakannya untuk menginap di hotel tersebut.

Ketika hendak mendaftar masuk hotel, pegawai terbabit dikatakan bertengkar dengan dua pekerja hotel kerana salah faham di kaunter lobi. Kejadian itu dirakamkan selama 10 minit menerusi kamera rakaman litar tertutup (CCTV) hotel.

Menurut laporan polis yang dibuat mangsa, akibat tidak berpuas hati, pegawai terbabit bertindak memanjat kaunter lobi lalu menunjukkan pistol sebelum menghentak kepalanya dengan belakang pistol selepas berang dengan ugutan mangsa yang ingin membuat laporan polis.

Selain kepala, hentakan itu turut mengenai telinga mangsa.

Suspek kemudian ditahan selepas dua anggota polis yang menaiki sebuah kereta peronda tiba. Mangsa turut dihantar ke hospital oleh polis.

Video menyusul:

OHTIDAK: KERANA NILA SETITIK, ROSAK SUSU SEBELANGA. JANGANLAH SALAH GUNA KUASA LEBIH-LEBIH LAGI HANYA KERANA ANDA MEMILIKI PISTOL.

Related Posts

Oh! Ron95, Diesel Naik 20 Sen Tengah Malam Ini

Oh! Pembaling Batu Ke Kereta di Taman Connaught Berjaya Ditangkap

Oh! Kes Baling Batu Dari Jejantas Taman Connaught

Oh! Melayang Gaya Epic Ketika Mencuri Minyak

Oh! Isu Empat Finalis Miss Malaysia World Beragama Islam

Oh! Isu Murid Makan Dalam Tandas (Kisah Sebenar)


Comments

Reply comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *