Kalau dalam betik ada betik tu mungkin perkara biasa bagi sesetengah orang. Kami sendiri dah banyak kali jumpa dan lihat sendiri fenomena dalam betik ada betik. Tapi bila dalam durian ada durian ni, agak rare jugalah dek kerana rupabentuk kulit durian yang jauh bezanya dari buah yang lain.


Peniaga terkejut ‘durian dalam durian’

KOTA BHARU – Seorang peniaga durian di Kampung Jambu Merah Melor, Rosli Deraman, 40- an, terkejut selepas melihat sebiji lagi durian berada di dalam durian yang dijualnya di kampung terbabit kelmarin.

“Ini merupakan kejadian pertama, sepanjang berniaga di kawasan ini, memang pelik apabila sebiji durian yang merekah mengeluarkan durian lain bersama isi durian yang bukan seperti kebiasaannya.

Durian ini memang unik, namun ia tidak mengeluarkan buah,” katanya kepada Sinar Harian.

Kejadian terbabit turut disaksikan seorang penggemar buah terbabit, Halim Razak, 33, dan dia juga amat terkejut dengan kejadian itu.

“Saya memang penggemar durian, tetapi ini merupakan pengalaman pertama melihat durian mengeluarkan sebiji lagi durian dan bukan isinya.

“Memang agak pelik, walaupun ia tidak mempunyai buah namun keunikannya itu menjadi perhatian ramai,” katanya. – Sinar Harian

OHTIDAK: TERINGAT PULA MEMBER KAMI HANTAR GAMBAR DAN VIDEO NENAS KEMBAR LIMA. MASIH SIMPAN DAN INSYAALLAH NANTI KAMI AKAN PAPARKAN DI OH! TIDAK.

Related Posts

Oh! Rumah Dalam Tandas

Oh! Budaya Gantung Patung Bawah Kereta

Oh! Kek Manusia

Oh! Beruang Tersangkut Di Tebing Jambatan

Oh! Tradisi Makan Serangga

Oh! Koleksi Kemalangan Tak Masuk Akal


Comments

Reply comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *