HULU LANGAT – Betapa hancurnya seorang ibu bila melihat anak yang dikandungkan, dilahirkan dan dibesarkannya selama ini meninggal dunia dalam keadaan yang tidak pernah dibayangkannya. Apalagi bukan seorang, tapi dua dan lebih menyakitkan lagi, kanak-kanak tersebut masing-masing baru berusia 9 dan 6 tahun.

Itulah apa yang berlaku semalam di Kondominium Hulu Langat Jaya, Batu 9, Cheras apabila kedua-dua kanak-kanak tersebut jatuh dari tingkat 21 kondominium terbabit. Mayat yang bergelimpangan bukan sahaja mereka berdua malah turut bersama dengan si bapa. Dari siasatan pihak polis, dipercayai Mohd Faizal (9) dan Aqsa Khan (6) ditolak oleh bapanya, Ismail Khan (39) sebelum dia juga turut sama terjun dari tingkat 21 kondominium tersebut.

Ismail Khan yang merupakan warga Pakistan dikatakan mengalami tekanan perasaan apabila mempunyai masaalah perniagaan dan di dalam masa yang sama, Sharizuraidah Ridzuan (31) telah dalam usaha membuat tuntutan cerai dan akhirnya, arwah mengambil keputusan nekad untuk membunuh diri bersama anak-anaknya sekali yang masih tidak puas melihat dunia. Semoga roh mereka semua ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman.

Jadikanlah kisah ini sebagai satu pengajaran kepada kita semua agar lebih releven dalam menyelesaikan permasalahan rumah tangga. Bunuh diri adalah satu dosa besar yang tiada pengampun dariNya. – Foto Kosmo.

OHTIDAK: DUNIA AKHIR ZAMAN.

Related Posts

Oh! Pekerja TNB Ditetak, Hampir Terputus Tangan Kiri

Oh! Atuk Buli Nenek Punca Pergaduhan

Oh! Atuk Dan Nenek Gangster

Oh! Pembaling Batu Ke Kereta di Taman Connaught Berjaya Ditangkap

Oh! Bom Jatuh Dari Bumbung

Oh! Ajaran Sesat Ayahanda


Comments

Reply comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *