Domino’s Pizza merupakan satu jenama Pizza yang kian popular di Malaysia. Apa yang akan Oh! Tidak bangkitkan ini bukanlah berniat apa-apa, cuma anggaplah ia sebagai satu persoalan yang perlu dijawab oleh pihak tertentu sebelum menjadi lebih serius lagi. Semalam, kami menerima gambar di bawah berkenaan Domino Pizza yang “berbumbungkan” sebuah gereja.

Gambar di atas ini adalah Domino Pizza di Setiawan, Perak. Anda boleh membaca kisah lengkap di blog ini.

Selepas melihat gambar ini, kami tidak rasa apa-apa dan mungkin ianya hanya kebetulan semata-mata. Lagipun kita ke Domino Pizza untuk makan dan kewujudan gereja di situ langsung tak menjadi apa-apa masalah. Maka kami biarkan ia begitu sahaja. Sehinggalah sebentar tadi kami menerima satu lagi gambar berikut dari followers OH! Media (melalui email). Kali ini lokasinya di Kulaijaya.

Screenshot email yang kami terima:

Bila dah dua gambar kami terima, apa yang boleh kami katakan ianya tidak kelihatan seperti kebetulan. Secara logiknya anda boleh fikirkan. Apapun diharapkan pihak Domino’s Pizza dapat mencari lokasi yang lebih baik lagi untuk para penggemar Pizza di negara ini.

Apa pendapat anda berkenaan isu ini? Suratan atau kebetulan?

Penafian: Ini bukan post bersifat racist atau mencela mana-mana agama. Umat Islam sentiasa menghormati agama lain seperti yang tertulis di dalam Al-Quran. Kita di Malaysia sentiasa akan hidup dalam keadaan sayang-menyanagi antara satu sama lain tidak kira agama mahupun bangsa. Kami berharap pembaca Oh! Tidak lebih bersikap terbuka dengan apa yang disampaikan ini.

Update: Apa pendapat ulama’ berkenaan perkara ini?

Apa yang boleh disimpulkan, jika anda berada di dua lokasi tersebut, anda buat delivery aje sudahlah. Dail sahaja 1-300-888-333 lebih mudah dan senang. Penyampaian info ini selesai di sini buat masa ini. Jika terdapat perkembangan dari pihak berkaitan, kami akan update semula.

Related Posts

Oh! Rumah Dalam Tandas

Oh! Budaya Gantung Patung Bawah Kereta

Oh! Kek Manusia

Oh! Beruang Tersangkut Di Tebing Jambatan

Oh! Tradisi Makan Serangga

Oh! Koleksi Kemalangan Tak Masuk Akal


Comments

Reply comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *