Kami dihubungi pembaca Oh! Tidak yang bernama Zul Syarin yang memberitahu kami, beliau terserempak dengan sebuah jentera bomba yang tidak dapat melalui jalan ke sebuah kampung oleh kerana dihalang oleh satu flyover lebuhraya. Bayangkan begitu cepat Bomba datang ingin memadam kebakaran, akhirnya tersangkut begitu sahaja. Kejadian ini berlaku di Kg. Parit Melana, Melaka.

Apa yang cuba kami bangkitkan di sini, dalam kesibukan pihak terbabit mengambil berat soal pili bomba, bagaimana dengan kejadian “rare” seperti ini? Tidak mustahil kejadian yang sama akan berulang lagi di tempat yang lain pula. Dek kerana sebuah flyover yang dibina begitu rendah, satu kampung di jilat api. Ataupun jentera Bomba yang perlu direka lebih rendah lagi?

Email asal:
Salam..td saya terserempak dan mengekori sebuah lori bomba utk padamkan kebakaran di sebuah kg di melaka..tp malangnya,lory bomba xboleh masuk..dihalang oleh fly over lebuhraya…habis le kampung tu…api makin merebak sy tengok and terus blah…siarkan ye.kejadian di kg.parit melana melaka

OHTIDAK: PERKARA SEPERTI INI PERLU DITITIK-BERATKAN.

Related Posts

Oh! Tiga Angota Polis Trafik Maut

Oh! Kemalangan Dahsyat di Kulim

Oh! Kemalangat Maut Bas Sekolah di Jalan Sandakan

Oh! Ibu ‘jemput’ anak di HKL, bukan di stesen komuter

Oh! Kemalangan Bas Terjun Gaung Di Genting Highlands

Oh! Pembaling Batu Ke Kereta di Taman Connaught Berjaya Ditangkap


Comments

Reply comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *