Semalam kecoh satu Malaysia sampai trending di Twitter berkenaan penyebaran video seorang kanak-kanak yang didera. Sebenarnya ianya kejadian yang berlaku pada tahun lalu (2011) tetapi tiba-tiba mula tersebar semula. Pihak polis juga telah mengesahkan kes tersebut telah diselesaikan melalui satu pengumuman mereka di laman Facebook, Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ).


STATUS VIDEO PENDERAAN BAYI :

Berhubung dengan penyebaran video penderaan bayi melalui media sosial, PDRM telah menerima hampir 300 aduan dan komen daripada orang ramai yang rata-rata bersimpati dan prihatin dengan nasib bayi tersebut.

Untuk makluman, kes tersebut telah dilaporkan di IPD Petaling Jaya pada 29 Mei 2011 dan tangkapan telah dibuat pada hari yang sama. Pelaku merupakan ibu kandung kepada bayi perempuan yang didera.

Wanita tersebut kini sedang menjalani hukuman penjara selama 18 bulan bermula pada tarikh tangkapan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Kami paparkan video penderaan tersebut untuk anda yang ingin tahu apa sebenarnya yang berlaku. Video ini mungkin akan dikeluarkan jadi buat masa ini anda tontonlah sementara masih boleh. Jika video ini tidak lagi dapat ditonton, anda boleh download video ini.

Bayi tersebut selamat selepas kejadian itu. Gambar di bawah ini adalah keadaannya pada ketika itu. Kita doakan bayi ini dapat survive dalam kehidupan dan dijauhkan nasibnya untuk sekali lagi berdepan dengan manusia berperangai binatang.

OHTIDAK: Video tu memang jelas sebagai satu bukti yang kukuh. Tak perlu nak dibicarakan pun. Berbulu je hati tengok perempuan ni..

Related Posts

Oh! Ron95, Diesel Naik 20 Sen Tengah Malam Ini

Oh! Pembaling Batu Ke Kereta di Taman Connaught Berjaya Ditangkap

Oh! Kes Baling Batu Dari Jejantas Taman Connaught

Oh! Melayang Gaya Epic Ketika Mencuri Minyak

Oh! Isu Empat Finalis Miss Malaysia World Beragama Islam

Oh! Isu Murid Makan Dalam Tandas (Kisah Sebenar)


Comments

Reply comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *