Tanggal 5 May 2012 lebih kurang jam 10:45 malam, berlaku pergaduhan dua kumpulan (lelaki India) di sebuah restoran makanan cina di Taman Suntex, Batu 9, Cheras. Hasil dari pergaduhan ini, seorang cedera parah dan 2 lagi nazak (ketika rakaman dibuat). Selebihnya sempat melarikan diri sebelum polis tiba. Krew kami sampai ke lokasi beberapa minit kemudian dan video inilah hasil yang dapat kami lihat. Video dirakamkan menggunakan handphone sahaja sebab kami tak bawa video cam. Baru balik dari makan malam sebenarnya. Apapun mungkin ianya dapat memberi sedikit gambaran keadaan yang berlaku sebelum ianya keluar di muka akhbar nanti 🙂

Menurut saksi, sebab pergaduhan terjadi adalah kerana salah seorang dari mereka telah menumbuk seorang lelaki lain dan dari situ bermulanya campur tangan kedua-dua buah kumpulan dan berakhir dengan ini. Sebilah parang, beberapa batang kayu dan lebih kurang 4 biji helmet dijumpai di tempat kejadian dipercayai digunakan sebagai senjata ketika pergaduhan berikutan kesan darah yang dijumpai di serata bahagian barang tersebut.

OH! TIDAK: KALAU SEMUA BENDA NAK BERAKHIR DENGAN PERGADUHAN, INILAH HASILNYA. TAK SIAPA YANG UNTUNG PUN.

Related Posts

Oh! Tiga Angota Polis Trafik Maut

Oh! Kemalangan Dahsyat di Kulim

Oh! Kemalangat Maut Bas Sekolah di Jalan Sandakan

Oh! Ibu ‘jemput’ anak di HKL, bukan di stesen komuter

Oh! Kemalangan Bas Terjun Gaung Di Genting Highlands

Oh! Pembaling Batu Ke Kereta di Taman Connaught Berjaya Ditangkap


Comments

Reply comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *