Categories
Ada Apa? Editorial

Oh! Peraduan iPunya – sebuah Volkswagen Golf TSI untuk dimenangi

Mungkin dalam masa 2 bulan ini, anda boleh menjadi salah seorang rakyat Malaysia yang benar-benar bertuah kerana dapat memiliki sebuah Volkswagen Golf TSI atau beberapa hadiah lain berjumlah RM180,000 secara percuma tanpa pernah bermimpi. Ini berikutan P1 Wimax kini sedang melancarkan satu peraduan jangkamasa pendek untuk 2 bulan bagi menghargai pelanggan mereka yang memilih P1 sebagai kegunaan harian untuk melayari internet. Peraduan “iPunya Beli & Menang” adalah satu peraduan yang patut anda tahu dan sertai kerana ianya amat mudah dan menyediakan hadiah yang amat lumayan!

Sedikit maklumat yang ingin kami kongsikan, Packet One Networks (Malaysia) Sdn Bhd atau P1 adalah anak syarikat Green Packet Berhad dengan operator utama Korea Selatan, SK Telecom sebagai pemegang saham kedua terbesar merupakan syarikat telekomunikasi 4G pertama dan utama Malaysia. 4G P1 mewakili komersial berskala besar pertama melancarkan rangkaian WiMax 4G 802.16e 2.3GHz di luar Korea.

Walaupun LTE masih di peringkat awal di Malaysia, P1 sudah bersedia untuk memacu transisi dan menggunakan LTE 4G melalui perkongsian strategik dengan para penyokong terbesar LTE dunia iaitu Qualcomm International, China Mobile Limited dan diterima oleh Inisiatif Global TD-LTE elit yang merangkumi lebih dari separuh potensi pasaran dunia. Matlamat P1 adalah untuk menjadi jambatan kepada jurang digital dengan memberi akses kepada internet sejagat, di mana-mana dan mampu dimilik oleh setiap rakyat Malaysia.

Kami sendiri punya pengalaman menggunakan P1 selama lebih 3 tahun untuk membangunkan Oh! Media dan sehingga kini masih digunakan di pejabat urusan kami di Desa Pandan. Seperti biasa, jika kena dengan lokasinya (coverage area), sememangnya P1 merupakan salah-satu pembekal internet yang paling releven dan terbaik sekali untuk digunakan. Apa yang paling kami suka tentang P1, ianya boleh di bawa ke mana-mana (wireless) dan bukan hanya boleh digunakan di pejabat kami sahaja seperti talian internet tetap lain (wired).

Memandangkan rakyat Malaysia kini sangat fleksibel untuk bekerja di luar dan punya rasa tidak senang untuk online menggunakan public WiFi, P1 sememangnya satu solusi yang paling berkesan sebagai penyelesaian. P1 mampu memberikan capaian internet terbaik dengan harga yang sangat berpatutan berbanding para pembekal lain.

Jika anda sedang berfikir-fikir untuk mencari mahupun bertukar kepada capaian internet yang membolehkan anda melayari internet dengan lancar dan di mana-mana sahaja (portable), dalam tempoh 2 bulan ini adalah masa yang paling sesuai untuk melanggan P1 kerana sesuatu yang lebih besar mungkin menjadi milik anda. Peraduan “iPunya Beli & Menang” ini telahpun bermula pada 20 April 2012 lalu dan akan berakhir pada 17 Jun 2012 ini. Ianya terbuka kepada semua pelanggan baru P1 yang mendaftar.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif P1, Michale Lai, mereka di P1 sentiasa cuba mencari jalan untuk memberikan sesuatu yang lebih kepada pelanggan sedia ada dan para pelanggan berpotensi mereka.

“Kami sentiasa mencari jalan untuk memberi sesuatu yang lebih kepada pelanggan kami yang sedia ada dan pelanggan potensi. Peraduan “iPunya” adalah salah satu dari banyak aktiviti yang telah kami rancangkan untuk memberi faedah dan mengembirakan pelanggan kami”

Sepanjang tempoh peraduan, para pelanggan boleh memilih untuk melanggan pelan ForHome™, ToGo™, atau OnePlan™ yang semuanya didatangkan sepenuhnya dengan jalur lebar pada satu harga rendah bermula RM63, RM39 dan RM59 untuk dua modem bagi pelan OnePlan™. Dengan melanggan mana-mana pelan ini kemudiannya log masuk ke dalam “Self Care” di website P1 dan menjawab dua soalan yang diberikan, semudah itu sahaja untuk melayakkan diri anda memenangi ganjaran utama, sebuah Volkswagen Golf TSI.

Menurut Michale Lai lagi, mengapa Volkswagen Golf TSI dipulih adalah kerana kualiti Golf TSI itu sendiri yang sederhana tetapi sangat kukuh dengan nilai yang terbina di dalamnya sama seperti P1.

“Kami berharap para pelanggan potensi kami akan gembira dengan prospek untuk memiliki sebuah Golf TSI dalam masa kurang dari dua bulan hanyadengan membeli jalur lebar”, tambah Michale lagi.

Selain Volkswagen Golf TSI, terdapat beberapa hadiah lain iaitu lima (5) Samsung Galaxy Note, sepuluh (10) kamera WiFi Samsung dan dua puluh (20) pembesar suara X-mini untuk dimenangi. Semua hadiah untuk peraduan masa singkat ini bernilai lebih RM180 ribu ringgit!

Tak dapat bayangkan kalau berjaya menang Volkswagen Golf TSI melalui peraduan “iPunya Beli & Menang”. Kami dah pun sertai dan kalau menang, gerenti tak tidur malam. Kalau tidur pun mesti seminggu dalam kereta baru. Kalau ditakdirkan anda menjadi pemenangnya nanti, jangan lupa bawa kami jalan-jalan naik kereta baru ya? Kasi kami bau kereta baru pun jadilah. Maklumat lanjut tentang peraduan iPunya Beli & Menang ini, sila ke www.p1.com.my/contest. Selamat mencuba!


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *