Categories
Ada Apa? PSA

Oh! Maklumbalas Akhir Aduan Ulat Dalam Karipap Secret Recipe

Kisah ini pernah menggemparkan seluruh Malaysia sebelum ini dan mengundang pelbagai spekulasi tidak baik kepada Secret Recipe. Berikut adalah maklumbalas akhir dari Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai aduan seorang pelanggan Secret Recipe yang menjumpai ulat di dalam karipap yang dibelinya. Jika anda terlepas isu ulat dalam karipap ini beberapa bulan lepas, anda boleh lihat semula artikel kami bertajuk, Oh! Ulat dalam karipap Secret Recipe.

Tuan,

PERKARA: MAKLUMBALAS AKHIR ADUAN TERDAPAT ULAT DALAM MAKANAN

Saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara tersebut di atas dan maklumbalas awal kepada tuan sebelum ini.

2. Sukacita dimaklumkan pihak Pejabat Kesihatan Putrajaya telah membuat siasatan di Secret Recipe, 28, Jalan Diplomatik, Presint 15, 62050 Putrajaya pada 20 Mac 2012. Hasil siasatan mendapati karipap digoreng pada jam 9.00 pagi dan dipamerkan di dalam bekas lutsinar yang mempunyai penutup. Lalat boleh hinggap dan bertelur pada karipap tersebut apabila berlaku kecuaian iaitu penutup tidak rapat atau dibiarkan terbuka. Karipap tersebut masih dijual pada jam 5.40 petang. Tempoh lapan jam dan suhu persekitaran yang panas adalah sesuai untuk telur lalat menetas dan menjadi larva.

3. Pada hari yang sama pihak Secret Recipe Putrajaya telah memeriksa semua baki stok karipap yang ada dan larva lalat tidak dijumpai.

4. Pihak kami merumuskan pencemaran boleh berlaku semasa karipap dipamerkan untuk jualan dan boleh berlaku kecuaian di pihak penjual dalam memastikan lalat tidak hinggap pada makanan. Pihak Secret Recipe Putrajaya telah diarah mengambil berat semua cadangan-cadangan pencegahan yang diberikan bagi memastikan kejadian yang sama tidak berulang. Pihak Secret Recipe Putrajaya juga diingatkan tindakan undang-undang dan boleh didakwa di mahkamah boleh dikenakan bagi kesalahan menjual makanan yang mengandungi bendasing.

3. Bahagian ini mengucapkan terima kasih di atas keperihatinan tuan membangkitkan isu ini dan berharap tuan berpuashati dengan penjelasan ini.. Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini boleh dirujuk kepada saya di talian 03-8883 3599 atau e-mel : abdrazak_m@moh.gov.my

Sekian, terima kasih.

Abd Razak bin Moin
Ketua Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
Cawangan Pematuhan Domestik
Bahagian Pematuhan dan Pembangunan Industri
Keselamatan dan Kualiti Makanan
Kementerian Kesihatan Malaysia

Tel: 03 8883 3888
Fax: 03 8889 3815

OHTIDAK: PADA KAMI ISU INI MUDAH BENAR DISELESAIKAN. MEMANG BENAR APA YANG DIJELASKAN TAPI DARI MANA PULA DATANGNYA LALAT DI DALAM SEBUAH PREMIS YANG KERING (DIBAHAGIAN RUANG MAKAN) YANG BERSIH?


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *