Categories
Superb!

Oh! Gambar Proton Preve Kemalangan Dijadikan Bahan Ketawa

Semalam satu Malaya kecoh dengan satu gambar Proton Preve yang kemalangan. Lantas ramai yang membuat andaian sendiri kereta Proton Preve ini tidak berkualiti. Secara logiknya, kereta sorong yang baru dibeli sekalipun kalau anda tunjah macamana pun, takkan mungkin tercabut tayarnya kalau bukan atas sebab-sebab yang sepatutnya.

Respon tentang gambar ini: Oh! Media | Oh! Gear

Begitu jugalah dengan Proton Preve ini yang mana mungkin boleh tercabut tak tentu pasal kalau bukan atas sebab yang logik. Nasiblah timbul pihak-pihak yang mengetahui kejadian sebenar menjelaskan tentang gambar ini agar tidak terus menjadi nanah kepada Proton Preve yang belum pun lagi dapat dilihat dengan mudah di atas jalanraya.

First Preve crash – salesman went 120kmh in Sentul, tried to avoid a car and tyre hit the pavement!!!! Tie rod patah beb!!” – Hazeri Samsuri, editor at Top Gear Malaysia.

Apa yang paling tak tahan, gambar tersebut dijadikan bahan ketawa oleh sesetengah individu. Kami tak pasti siapa yang edit gambar ini samaada rakyat Malaysia atau siapa, tapi terpulang pada penerimaan masing-masing samaada ianya sekadar jenaka atau boleh diklisifikasikan sebagai penghinaan kepada Proton.

Proton Preve VS Nokia 3310

Oh! Tidak: Memang semua orang tahu Nokia 3310 ni kalau dibaling ke cermin kereta apapun, memang retak seribu la cermin kereta. Kalau kena kepala, kalau panjang umur ICU. Kalau tak masuk ICU, faham-faham ajelah. Haha.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *