Categories
Superb!

Oh! Proton Prevé

Pertama kali kereta terbaru Proton ini muncul di Buletin Utama, TV3.

Kemudiannya, muncul pula teaser kereta ini di internet.

Selang beberapa minggu, Proton mengumumkan model P321A ini diberi nama Proton Prevé. Ini kali pertama kami rasa nama kereta keluaran Proton lain dari yang sebelumnya. Jika sebelum ini semua nama kereka Proton berakhir dengan huruf A (contoh Perdana, Satria, Wira, Saga, Inspira dan sebagainya), kali ini berakhir dengan huruf A dan namanya agak unik.

Semalam bertempat di Seri Kembangan, Proton Prevé ini akhirnya dilancarkan secara rasminya dengan harga bermula dari RM59,540.00 hingga RM72,990.00.

Dua artikel di Oh! Tidak sebelum ini mengenai Proton Preve ini (maklumat bocor)

1. Oh! Maklumat Lengkap Proton P3-21A Dibongkarkan
2. Oh! Gambar Proton P3-21A (Leaked)

Iklan Proton Preve.

BM:

English:

Harga:


– Foto Paultan

Proton Prevé Sapphire yang dipertontonkan di MIECC ketika pelancaran Proton Prevé semalam. Nampak sangat menarik dan mungkin ini adalah hint untuk Proton Prevé SE.

Kita harap Proton lagi 10 tahun akan datang boleh bersaing rapat dengan kereta buatan Jepun atau Korea sekurang-kurangnya. Bukan sekadar jaguh kampung. Nak capai semua ini bermula dengan siapa lagi kalau bukan sokongan rakyat Malaysia sendiri.

Berapa ramai yang dah ke showroom untuk melihat dan mencuba sendiri kereta ini? Selagi tak ke showroom dan lihat sendiri depan mata, selagi tu tak layak nak kata yang buruk-buruk tentang kereta ini. Tak kenal maka tak cinta.

OH! TIDAK: ANTARA KERETA BUATAN MALAYSIA TERMAJU SETAKAT INI DAN PATUT DIBERI LAYANAN SEBAIK KERETA DARI LUAR. SEMUANYA TERPULANG KEPADA PENERIMAAN RAKYAT MALAYSIA SENDIRI.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *