Categories
Gila

Oh! Tanah Perkuburan Campur di Malaysia (Video)

Lokasi kubur campur ini di kawasan Rompin – Kuantan.

Ada juga pihak-pihak yang cuba mempolitikkan perkara ini dengan mengatakan ini semua hasil dari slogan 1 Malaysia yang di bawa Datuk Seri Najib selama memerintah Malaysia. Pada kami, jelas yang kebanyakkan kubur di situ adalah kubur lama dan telah pun ada sebelum zaman pemerintahan Datuk Seri Najib tiga tahun yang lalu.

Inilah masalah orang Melayu kita di mana semua perkara ingin dipolitikkan. Ada sahaja yang nak dibangkitkan untuk menuding jari antara satu sama lain. Bukankah elok jika bersatu untuk memperbaiki masalah kubur campur ini dari berterusan? Pada kami kubur campur ini berlaku hanya akibat terlepas pandang pihak berwajib kerana mungkin perkuburan ini berada di dalam kawasan pendalaman dan belum mendapat laporan dari mana-mana pihak. Seperti yang kita dengar dalam video tersebut, mereka sendiri tahu ianya perkuburan orang asli di sana.

Jadi diharapkan pihak jabatan agama dapat membuat sesuatu bagi mengelakkan kubur campur ini berterusan tanpa sebarang pembelaan.

OHTIDAK: HURM MACAM-MACAM.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *