Kisah ini adalah berkaitan dua orang jurujual kereta kaki kelentong yang dikenali sebagai Fahmi dan seorang wanita bernama Lulu. Mereka ni amat bijak memperdaya orang ramai. Ada seorang pengikut Oh! Media menghubungi kami melalui email dan memaklumkan beliau juga adalah salah seorang mangsa penipuan pasangan ini. Kerugian yang dialami hampir RM125,000 sehingga menyebabkan mangsa berhutang keliling pinggang termasuk hutang Ahlong akibat termakan hasutan pasangan durjana ini.


Serius Dikehendaki!!

Mangsa yang terasa dirinya ditipu, akhirnya baru menyedari yang pasangan ini semamangnya popular sebagai kaki penipu. Tapi apa yang mampu dilakukan lagi kerana semuanya telah terlambat. Kes penipuan ini juga telah masuk ke dalam sebuah akhbar tempatan.

KUALA LUMPUR: Hasrat seorang lelaki membeli sebuah kereta mewah jenis Nissan Skyline dan dua Mini Cooper dengan harga murah tidak kesampaian sejurus bayaran muka RM130,000 dilarikan seorang wanita yang mendakwa sebagai ejen kereta murah.

Mangsa, jurujual kereta, dikenali sebagai Saidin, 28, berkata dia mengenali wanita bernama Lulu pada 23 November tahun lalu selepas diperkenalkan rakan, sebelum ditawarkan membeli Nissan Skyline berharga RM150,000 dan Mini Cooper berharga RM30,000 setiap satu.

Katanya, bagi meyakinkannya, wanita itu mendakwa mengenali beberapa pegawai kastam yang menjadi orang tengah sepanjang urusan jual beli dengan lebih lima kali memujuknya membeli kereta mewah terbabit.

“Saya menyerahkan deposit Nissan Skyline sebanyak RM60,000 kepada wanita itu sebelum bakinya dilangsaikan kemudian sesudah saya mendapat kereta terbabit. “Bagi langkah keselamatan, saya juga mendapatkan peguam dengan menandatangani perjanjian bersama pada 1 Disember tahun lalu,” katanya.

Menurut Saidin, sejurus memberikan deposit, wanita itu berjanji memberi kereta dipesan dan memintanya melunaskan baki RM90,000 selepas tiga minggu.

“Penghujung Disember lalu, saya bertanyakan mengenai kereta itu tetapi Lulu memberikan alasan kereta dijanjikan belum dapat dikeluarkan kerana cuti sekolah, sambutan Krismas dan cuti hujung tahun yang menyebabkan dia sukar berurusan dengan pihak kastam,” katanya.

Kata Saidin, awal Januari lalu, wanita itu menawarkan pula kepadanya Mini Cooper berharga RM30,000 setiap satu dan kerana meminati kenderaan itu dia membeli dua Mini Cooper dengan menyerahkan cek RM60,000.

“Lama menunggu, saya menghubungi Lulu Februari lalu bertanyakan mengenai kedua-dua jenis kereta yang dipesan namun Lulu memberi alasan kereta itu belum dikeluarkan berikutan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat beberapa kes yang membabitkan kastam,” katanya.

April lalu katanya, wanita terbabit menghubunginya semula dan meminta tambahan deposit muka Nissan Skyline RM10,000 selepas mendakwa bayaran asal masih tidak mencukupi.

“Selepas menyerahkan wang tambahan, saya menghubungi Lulu seminggu kemudian namun dia meminta saya berurusan dengan suaminya, Fahmi, 24, selepas mendakwa akan melahirkan anak. “Saya menghubungi suaminya, namun Fahmi memberitahu berada di Jepun kerana menguruskan kenderaan terbabit selain memberikan alasan Jepun dilanda tsunami,” katanya.

Berang dengan banyak alasan, Saidin mengugut membuat laporan polis namun ia tidak diendahkan selepas Lulu mendakwa bapanya mengenali ramai pegawai polis dan boleh mengawal mereka.

Saidin membuat laporan di Balai Polis Subang Jaya 2 Mei lalu selepas mendakwa dirinya ditipu.

“Saya difahamkan polis, suami isteri terbabit mempunyai banyak rekod jenayah membabitkan kes penipuan kereta terutamanya di Perak. “Saya berharap sekiranya orang ramai didatangi pasangan suami isteri ini, jangan mempercayai dengan janji manis mereka,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Tan Ah Chua, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan pihaknya kini sedang mengesan wanita terbabit untuk dihadapkan ke mahkamah.

Kes penipuan yang melibatkan wang beratus-ribu ringgit ini, bukanlah boleh dipandang remeh kerana selagi mereka masih bebas, selagi itu makin ramai yang tertipu. Di minta anda semua lebih berhati-hati dan nasihatkan keluarga dan rakan-rakan anda agar jangan terpedaya dengan pasangan kaki kelentong ini.

Kisah beberapa orang yang telah tertipu ini tidak berakhir di sini, kerana mereka semakin aktif melakukan kegiatan tidak bermoral ini. Anda boleh lihat lagi kisah penipuan mereka beserta dengan lebih banyak gambar mereka di sini.

OH! TIDAK: TAK BERANI NAK PERCAYA DENGAN MANUSIA YANG SUKA TABUR JANJI-JANJI MANIS. INGATLAH WAHAI PENIPU, SEPANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT AKHIRNYA AKAN JATUH KE TANAH JUA. LEBIH PARAH LAGI, JATUH KE TANAH, TERUS SIAP DIKUBURKAN.

Related Posts

Oh! Ron95, Diesel Naik 20 Sen Tengah Malam Ini

Oh! Pembaling Batu Ke Kereta di Taman Connaught Berjaya Ditangkap

Oh! Kes Baling Batu Dari Jejantas Taman Connaught

Oh! Melayang Gaya Epic Ketika Mencuri Minyak

Oh! Isu Empat Finalis Miss Malaysia World Beragama Islam

Oh! Isu Murid Makan Dalam Tandas (Kisah Sebenar)


Comments

Reply comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *