Jika sebelum ini kita dikejutkan dengan kisah karipap Secret Recipe yang berulat, kali ini ada lagi satu kisah yang lebih kurang sama. Kami menerima laporan tentang apa yang berlaku di Secret Recipe, Bandar Puteri, Puchong pada hari Sabtu lepas, 17 Mac 2012.

Seorang pelanggan bersama adiknya datang ke Secret Recipe dan memilih menu Chicken Parmigiana sebagai santapan tengahari mereka. Setelah sebahagian makanan mereka makan, muncul cacing hidup dari makanan tersebut. Berikut adalah gambar yang dikirimkan kepada kami.

Perkara ini telah dilaporkan kepada pihak HQ Secret Recipe pada 19 March 2012. Pihak HQ Secret Recipe dan Customer Service telah menghubungi mereka dan memohon maaf atas apa yang berlaku serta berjanji untuk melakukan QC inspection pada premis tersebut dan memberitahu perkembangan terkini kepada mereka.

Apapun kisahnya, kami pernah mengeluarkan satu artikel dari bekas pekerja Secret Recipe yang cuba menerangkan kisah sebenar bagaimana Secret Recipe menjaga kualiti makanan mereka. Tak patut sebenarnya jika kita nak salahkan Secret Recipe sepenuhnya sedangkan kes-kes seperti ini selalu berlaku disebabkan kecuaian seorang pekerja yang bersikap acuh tak acuh dalam kerjanya.

Nasihat kami kepada mereka yang bekerja di mana-mana restoran, pastikan anda mematahui segala peraturan dan panduan yang telah diberikan pihak pentadbiran. Kegagalan anda mematuhi segala peraturan terutamanya mengenai kebersihan makanan, pastinya akan memberi kesan yang tidak baik kepada majikan anda. Jadilah manusia yang lebih bertanggungjawab dan bersungguh-sungguh dalam mencari rezeki.

OH!TIDAK: TIADA MAKANAN YANG PALING BERSIH MELAINKAN MAKANAN YANG MAK KITA MASAK TAK PUN KITA SENDIRI YANG MASAK. BETUL?

Related Posts

Oh! Pekerja TNB Ditetak, Hampir Terputus Tangan Kiri

Oh! Atuk Buli Nenek Punca Pergaduhan

Oh! Atuk Dan Nenek Gangster

Oh! Pembaling Batu Ke Kereta di Taman Connaught Berjaya Ditangkap

Oh! Bom Jatuh Dari Bumbung

Oh! Ajaran Sesat Ayahanda


Comments

Reply comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *