Kematian rafizi hamdan menjadi bualan hangat apabila kejadian menimpa dirinya dikeluarkan pembaca berita tv9 semalam. kemalangan ngeri itu berlaku di susur keluar taman melawati. Rafizi hamdan dirempuh laju dari arah belakang, mangsa maut ditempat kejadian akibat cedera parah dikepala.

Bukti kejadian berkenaan telah mula tersebar diinternet apabila no kenderaan wck 2290 berada berhampiran mangsa selain satu rakaman cctv telah dimuat naik di youtube. pesalah telah ditahan akibat dari no kenderaan yang tertanggal selepas kejadian langgar berkenaan.

Seorang ahli Kelab Basikal LeTua, maut selepas dirempuh sebuah kereta ketika sedang berbasikal di Jalan Lingkaran Tengah II, dekat susur Taman Melawati di sini pagi ini. Mangsa, Rafizi Hamdan, 37, yang juga rakan penaja kelab basikal yang pernah menyertai Le Tour de Langkawi sebelum ini meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketika kemalangan pada pukul 7.50 pagi itu, mangsa yang bekerja sebagai pegawai bank dalam perjalanan ke Batu 12, Gombak. Ketika melalui lokasi kemalangan, sebuah kereta dipercayai jenis Proton Saga yang dipandu laju telah merempuh mangsa yang sedang mengayuh basikal. Rafizi yang telah berumah tangga dan mempunyai dua cahaya mata mengalami kecederaan teruk di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Kredit 1 & Kredit 2.

PSA:

Related Posts

Oh! Tiga Angota Polis Trafik Maut

Oh! Kemalangan Dahsyat di Kulim

Oh! Kemalangat Maut Bas Sekolah di Jalan Sandakan

Oh! Ibu ‘jemput’ anak di HKL, bukan di stesen komuter

Oh! Kemalangan Bas Terjun Gaung Di Genting Highlands

Oh! Pembaling Batu Ke Kereta di Taman Connaught Berjaya Ditangkap


Comments

Reply comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *