Januari lalu, kami ada mengeluarkan satu artikel berkenaan satu contest anjuran Petronas yang membolehkan orang ramai menghantarkan gambar dengan tema “Reimagining Energy” bersempena sambutan Tahun Baru Cina. Pelbagai hadiah lumayan juga disediakan Petronas. Anda boleh rujuk semua artikel kami sebelum ini.

Minggu lalu telah berlangsung majlis penyampaian hadiah untuk para pemenang di Suria KLCC, Kuala Lumpur. Keseluruhan 42 keping gambar diumumkan sebagai pemenenang Petronas Chinese New Year Photography ini. 42 keping gambar merupakan gambar yang terpilih dari lebih 3000 penyertaan yang diterima. Semua penyertaan telah dinilai oleh jurugambar professional dari Leica Camera AG dan juga wakil dari Petornas sendiri. Antara aspek terpenting yang dinilai mereka adalah cara peserta menggambarkan Sambutan Tahun Baru Cina yang paling ekspresif dan tidak dapat dilupakan.

Para pemenang dari 7 kategori telah menerima wang tunai dan gambar mereka akan dipamerkan di satu pameran istimewa di Galeri Petronas pada 18 Mac 2012 ini. Dari 42 pemenang itu juga, 27 darinya telah menerima “LIKES” terbanyak di Facebook dan melayakkan mereka menerima hadiah “Photo of the Day”.

Semua hadiah disampaikan oleh Pengurus Besar Kanan Bahagian Hal Ehwal Korporat Petronas, Dato Mohammad Medan Abdullah. Menurut Dato Mohammad Medan, penganjuran kali ini adalah salah satu langkah Petronas untuk dapat lebih mesra bersama para pelanggannya dan juga rakyat Malaysia.

Menurut Dato Mohammad Medan lagi, Facebook Page mereka juga mencatatkan peningkatan drastik sebanyak 30% sepanjang kempem sedang berlangsung yang menjadikan pengikut mereka kini seramai lebih 120,000 followers dan tentunya akan terus meningkat. Selain dari pertandingan ini, Petronas juga telah menjalankans beberapa workshop di sekolah dan juga universiti terpilih berkenaan ilmu photography.

Untuk senarai penuh nama pemenang, anda boleh terus ke Facebook mereka di sini.

Kami berharap adalah seorang dua antara pembaca OH! Tidak yang memenangi pertandingan ini. Tahniah untuk semua pemenang dan lebih tahian lagi kepada mereka yang tidak menang tetapi berani untuk mencuba.

OHTIDAK: KAMI ADA SERTAI TAPI KALAH. NO LUCK =.=’

Related Posts

Oh! Koleksi Rumah Terbuka Stesen Minyak. Hanya 20 Sen!

Oh! Yamaha 135LC Custom

Oh! Ubah Tong Sampah Menjadi Rumah

Oh! Perdana Menteri Memandu Teksi?

Oh! Barang Kemas Orang Kaya

“Syukur Anak Saya Selamat dan Terima kasih Kepada Semua” – Ibu Wan Aisyah


Comments

Reply comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *