Maklumat lebih lengkap Proton P3-21A kini sudah didedahkan untuk kita semua mendapatkan gambaran sebenar apa yang ditawarkan Proton melalui produk terbaru dan terhangat ini. Menurut sumber dari blog Proton-Sales, Proton P3-21A boleh dikatakan mempunyai pelbagai ciri-ciri terkini serba lengkap, sama ada kelengkapan aksesori, utiliti, mahu pun ciri-ciri keselamatan bertaraf tinggi. Maklumat selanjutnya adalah seperti berikut.

ACCESSORIES:

  1. Auto fold/unfold side mirror – Side mirror akan automatik fold setiap kali alarm kereta diaktifkan, dan automatik unfold selepas kenderaan bergerak selaju 5km. Selain itu ada juga butang untuk kegunaan manual seperti yang ada pada Exora BOLD
  2. Auto Off Rear Demister – Mengelakan tint menggelembung
  3. Follow Home Lamp
  4. Headlamp Warning Buzzer
  5. Trunk Remote Release
  6. Front & Rear Socket 12V – Terdapat di bahagian hadapan dan belakang
  7. Utility Hook – Terdapat pada ruang penumpang hadapan seperti Exora, dan juga di ruang belakang pada area ‘pilar B’
  8. Low Rear Hump – Ruang kaki penumpang belakang tidak lagi sempit dengan kini bonggolan tengah di lantai ruang kaki belakang lebih rendah
  9. Front & Rear Fog Lamp
  10. Anti-Trap Power Windor – Driver side only
  11. Seat Material – Water repellent Fabric. Seat boleh fold 60:40. Material sangat lembut dan selesa
  12. Smart Info Display (SID) – Mempunyai 3 bacaan kilometer, Trip A, Trip B dan Trip C. Terdapat pelbagai lagi maklumat seperti memberi amaran jika bateri pada kunci lemah dan lain-lain
  13. Autolock & Advance Lock System
  14. Magnesium Inside Door Handle
  15. Keyless Entry – Tiada lubang kunci pada keempat-empat pemegang pintu
  16. BOSCH Head-Unit – 2-Din, Touch Screen Monitor, Navigator, Bluetooth, USB, AUX, MP3
  17. YES WiFi Modem – In-car Internet, first ever car in Malaysia, coverage Semenanjung Malaysia
  18. S-Mode (Sport) – Terdapat pada gear column (P-R-N-D-S), S-Mode akan menambah RPM sebanyak 1,000 secara serta-merta untuk pemanduan lebih agresif
  19. BCM – Body Control Module

*GAMBAR DIKELUARKAN DI ATAS PERMINTAAN PENGIRIM*

SAFETY

  1. 4 Wheel ABS & EBD with 4 Wheel Disc Brake
  2. TC (Traction Control)
  3. ESC (Electronic Stability Control)
  4. BA (Braking Assist)
  5. 4 AIRBAG – Airbag penumpang hadapan boleh di ON/OFF, untuk keselematan jika Bayi diletakkan di tempat duduk hadapan
  6. 5 STARS Australia NCAP – Orang ramai tidak perlu lagi ragu-ragu tentang ketulenan markah penuh ujian perlanggaran P3-21A ini, kerana prosedur NCAP, pemilihan unit yang akan diuji bukan ditentukan oleh Proton atau syarikat pembuat kereta. Tetapi wakil NCAP dari Austrlia akan datang sendiri ke kilang model tersebut dan memilih sendiri secara rawak unit yang akan diuji. Jadi tiada lagi persoalan tentang markah penuh ujian perlanggaran NCAP. Dan saya sendiri tidak hairan tentang markah penuh tersebut setelah milihat video perlanggaran P3-21A dengan kelajuan 140km/h, bahagian ‘pilar A’ langsung tidak bengkok, terkesan atau sebagainya, ini membuatkan cermin hadapan tidak berderai, hanya retak atas kesan letupan Airbag sahaja. Untuk perbandingan, diantara City, Vios, Forte, Altis & Civic, hanya Civic sahaja yang mempunyai rekod NCAP, iaitu Japan NCAP.

*GAMBAR DIKELUARKAN DI ATAS PERMINTAAN PENGIRIM*

DIMENSION

  1. Length = 4.543m
  2. Width = 1.786m
  3. Height = 1.524m

Size luar keseluruhan kereta menunjukkan P3-21A lebih besar daripada City, Vios, Forte, Altis & Civic

CHASSIS

  1. Boot Space: 508 liter – Terbesar diantara City, Vios, Forte, Altis & Civic
  2. Turning Radius: 5.3 meter
  3. Full Tank Capacity: 50 liter
  4. Aerodynamic (Rintangan Angin): CD Factor = 0.30 – Untuk perbandingan, Audi TT memiliki CDFactor = 0.29. Secara theory nya, semakin kurang rintangan angin, semakin kurang penggunaan petrol

POWER-TRAIN

  1. 1.6L CFE with 7-speed Pro-Tronic CVT3 (VVT) – 205Nm @ 2,000rpm ; 140PS
  2. 0-100km/h: 9.6 saat – Untuk perbandingan, Kia Forte 1.6: 12.5 saat

VARIANT

  1. Executive MT, 1.6 IAFM+ 5-Speed MT
  2. Executive CVT, 1.6 IAFM+ 6-Speed CVT
  3. Premuim CVT, 1.6 CFE 7-Speed CVT

COLOR 

  1. Solid White
  2. Tranquility Black
  3. Genetic Silver
  4. Fire Red (my favorite)
  5. Blue Lagoon

*GAMBAR DIKELUARKAN DI ATAS PERMINTAAN PENGIRIM*

Ciri-ciri lain yang telah diketahui sebelum ini:
  1. Auto Cruise Control
  2. Keyless Push Start (ON/OFF)
  3. Magnesium Paddle Shift 7-speed & Manual Mode (+/-) on gear column
  4. Audio Switch Steering Control
  5. Soft touch plastic dashboard
  6. Emblem on Steering Wheel
  7. ISOFIX
  8. Rain Sensor
  9. Light Sensor
  10. Day light Front LED
  11. Sport Rim 16″ (10 Spoke)
  12. Multi-link rear suspension with Lotus RIDE & HANDLING

*GAMBAR DIKELUARKAN DI ATAS PERMINTAAN PENGIRIM*

Kereta yang bagus bukan saja terletak pada aksesori dan ciri-ciri keselamatan terbaik serta rupa paras yang menarik, tetapi juga bergantung kepada harga. Harap Proton meletakkan tanda harga yang berpatutan, kalau boleh harga maksimumnya tidak akan melebihi RM75K.

OH! TIDAK: KAMI PERCAYA KERETA KELUARAN TERBARU PROTON INI MAMPU BERSAING DENGAN KERETA-KERETA DARI LUAR SEKALIGUS MENGEMBALIKAN KEPERCAYAAN RAKYAT MALAYSIA KEPADA PROTON. SYABAS PROTON! MALAYSIA BOLEH!

Update: Selepas hampir 24 jam artikel ini kami keluarkan kepada umum, kami terpaksa mengeluarkan semua gambar yang dipaparkan di atas arahan pemiliknya. Kesulitan amatlah dikesali.

Related Posts

Oh! Koleksi Rumah Terbuka Stesen Minyak. Hanya 20 Sen!

Oh! Yamaha 135LC Custom

Oh! Ubah Tong Sampah Menjadi Rumah

Oh! Perdana Menteri Memandu Teksi?

Oh! Barang Kemas Orang Kaya

“Syukur Anak Saya Selamat dan Terima kasih Kepada Semua” – Ibu Wan Aisyah


Comments

Reply comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *