Lepas satu, satu lagi kejadian yang melibatkan rempuhan kereta ke dalam premis perniagaan. Beberapa minggu lalu, kita dikejutkan dengan kes seorang makcik yang merempuh masuk ke dalam sebuah kedai superbike di Sri Permaisuri, selepas itu sebuah kereta merempuh masuk ke dalam sebuah Petronas di Kedah akibat kegagalan seorang bapa mematikan enjin kereta yang membuatkan anaknya bermain gear lalu merempuh kedai tersebut.

Kali ini kejadi berlaku di Kelantan di mana seorang guru wanita hilang kawalan selesai sahaja mengisi minyak lalu merempuh masuk ke dalam premis perniagaan di Petronas tersebut. Sekali lagi Petronas menjadi mangsa.

PASIR PUTEH – Akibat hilang kawalan, kereta seorang guru wanita merempuh sebuah kereta 4×4 jenis Hilux sebaik sahaja selesai mengisi minyak di Stesen Minyak Petronas Pasir Puteh Dua, di sini.

Kejadian yang berlaku jam 6 petang kelmarin itu dipercayai berlaku apabila Azizah Mat Noor, 44, memandu kereta Cherry miliknya merempuh dengan laju Hilux yang diletakkan di hadapan Petronas sehingga memasuki kedai tersebut.

Pemilik Hilux, Sufian Abdullah, 21, berkata, semasa kejadian tersebut berlaku dia baru sahaja memasuki kedai Petronas tersebut tidak sampai tiga minit sebelum dikejutkan dengan bunyi kuat.

“Semasa kejadian saya sedang berurusan di mesin wang di dalam kedai itu dan apa yang berlaku ini sangat mengejutkan,” katanya kepada Sinar Harian.

Dalam kejadian tersebut, kereta milik Azizah rosak teruk di bahagian hadapan akibat merempuh bahagian belakang kereta milik Sufian.

Azizah tidak mengalami sebarang kecederaan kerana semasa kejadian dia memakai tali pinggang keledar.

Sementara itu, Pengurus stesen minyak tersebut, Mohd Azli Abdullah berkata, sehingga sekarang pihaknya masih tidak dapat memberitahu berapa jumlah kerugian akibat kejadian tersebut.

“Ini kerana kami terpaksa menunggu wakil daripada pihak Petronas terlebih dahulu untuk datang menilai jumlah kerugian,” katanya.

Menurutnya, kejadian tersebut merupakan yang pertama berlaku di stesen minyak tersebut dan dia bersyukur kerana ia tidak melibatkan orang ramai dan pekerja. – Sinar Harian.

OH! TIDAK: PANDULAH BERHATI-HATI DAN SILALAH PEKA DENGAN KEADAAN SEKELILING. BILA JADI MACAM NI, ORANG LAIN SUSAH, ANDA LAGILAH SUSAH.

Related Posts

Oh! Tiga Angota Polis Trafik Maut

Oh! Kemalangan Dahsyat di Kulim

Oh! Kemalangat Maut Bas Sekolah di Jalan Sandakan

Oh! Ibu ‘jemput’ anak di HKL, bukan di stesen komuter

Oh! Kemalangan Bas Terjun Gaung Di Genting Highlands

Oh! Pembaling Batu Ke Kereta di Taman Connaught Berjaya Ditangkap


Comments

Reply comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *