Kalau minggu lalu satu Malaysia digemparkan dengan kisah ‘sadis’ seorang makcik yang melanggar sebuah Volvo, dua buah Myvi dan akhirnya merempuh masuk ke dalam sebuah kedai superbike, minggu ini pula kisahnya hampir sama di mana sebuah kereta telah merempuh masuk ke dalam sebuah kedai serbaneka di sebuah stesen minyak di Sg Kob, Kulim.

Lagi kisah dan gambar.

Lokasi dan maklumat lanjut tentang kejadian ini masih belum diketahui. Bagaimanapun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan. Kami akan update semula selepas mendapatkan maklumat lanjut nanti.

UPDATE: PUNCA KEMALANGAN

Kami dimaklumkan kejadian ini berlaku kerana si bapa yang keluar meninggalkan kereta, terlupa untuk memadamkan enjin. Rempuan ini berlaku apabila si anak termasuk gear dan menekan pedal minyak yang menyebabkan kereta bergerak laju dan merempuah premis ini.

Pengajarannya, kalau nak tinggalkan kereta pastikan enjin di padam dan kunci diambil agar anak-anak yang nak mencuba dalam kereta tu, tak la buat sesuatu yang mengundang bahaya kepada orang ramai dan diri mereka sendiri.

+ Gambar dari Nora Shieyda.

OH!TIDAK: MEMANG BETUL-BETUL KEBETULAN. LEPAS SATU KES, JADI LAGI SATU KES. SELALU SANGAT PERKARA BERJANGKIT MACAM NI BERLAKU.

Related Posts

Oh! Tiga Angota Polis Trafik Maut

Oh! Kemalangan Dahsyat di Kulim

Oh! Kemalangat Maut Bas Sekolah di Jalan Sandakan

Oh! Ibu ‘jemput’ anak di HKL, bukan di stesen komuter

Oh! Kemalangan Bas Terjun Gaung Di Genting Highlands

Oh! Pembaling Batu Ke Kereta di Taman Connaught Berjaya Ditangkap


Comments

Reply comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *