Categories
Sengal

Oh! Pekerja KFC membelasah pelanggan

Kecoh satu Malaysia bila video pekerja KFC membelasah pelanggan mula tersebar di internet. Dari infonya, pelanggan itu berang apabila selepas menunggu lebih 1 jam, dia dimaklumkan yang KFC tersebut telah kehabisan ayam! Pelanggan tersebut yang marah meminta pihak pentadbiran KFC tersebut untuk memohon maaf tetapi tiada apa yang dilakukan. Apa yang dapat didengari, adalah ayat yang diungkapkan pekerja KFC tersebut, “Kalau mau makan, masak sendiri la BABI!”.

Pihak KFC Malaysia telah termaklum mengenai perkara ini dan ini respon umum yang mereka keluarkan di Facebook.

Dear all, we are aware of the video and are currently investigating the issue. The staff involved have been suspended, pending for investigation at this point of time. Once the investigation is complete, we will take all appropriate action to address any violation of our strict operating procedures and customer service standards. Thanks! – KFC Malaysia – Kentucky Fried Chicken

Kalau kami yang jadi mangsa dalam video tu, tentunya kami akan menyaman KFC. Paling tidak kami akan saman tiga empat juta, kemudian kami akan buka kedai ayam goreng sendiri. LOL.

Dalam kes seperti ini, tak perlu langsung nak pertikai kalau-kalau pelanggan tersebut yang kurang ajar atau sebagainya. Ini kerana, memang pelanggan tersebut layak marah kerana KFC gagal menyediakan apa yang dijanjikan. Masa menunggu lebih 1 jam, bukanlah kepalang. Lagi satu untuk semua orang ingat, “Customer Always Right”. Untuk itu, tindakan seperti yang dilakukan pekerja KFC ini, benar-benar bodoh dan tak boleh diterima.

Oh ya, kalau anda nak tahu kejadian ini berlaku di KFC mana, ianya berlaku di KFC, I-City di Shah Alam.

Update: Video sebelum pergaduhan tercetus

OH! TIDAK: Customer tu kurang ajar dengan mulut. Kenapa perlu balas dengan tangan? Kalau masuk court, tak perlu bicara lagi dah tahu siapa yang kalah.

Berdepan dengan pelanggan, mmg pelbagai kisah. Perlulah lebih professional. Lebih2 lagi jika anda melayu yang mengaku beragama Islam, sepatutnya anda menunjukkan contoh yg terbaik untuk menyejukkan hati orang lain. Ikutilah contoh kita semua, Rasulullah. Sekian.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *