Categories
Editorial

Oh! Pengalaman Memandu Honda Insight Yang Awesome

honda insight

Saya telah diberi peluang untuk menghabiskan masa memandu Honda Insight selama 2 hari 1 malam di sekitar Petaling Jaya, Hulu Langat, Port Dickson dan Melaka. Memandu Honda Insight sedikit berbeza dan merupakan pengalaman baru bagi saya kerana ini kereta hybrid pertama yang saya pandu. Sebelum ini saya cuma mendengar saja tentang kehebatan kereta hybrid tetapi kali ini saya sendiri akan bercerita pengalaman saya memandu kereta hybrid Honda Insight. […]

ohtidak-honda-insight-1

Saya telah diberi peluang untuk menghabiskan masa memandu Honda Insight selama 2 hari 1 malam di sekitar Petaling Jaya, Hulu Langat, Port Dickson dan Melaka. Memandu Honda Insight sedikit berbeza dan merupakan pengalaman baru bagi saya kerana ini kereta hybrid pertama yang saya pandu. Sebelum ini saya cuma mendengar saja tentang kehebatan kereta hybrid tetapi kali ini saya sendiri akan bercerita pengalaman saya memandu kereta hybrid Honda Insight .

Daripada segi penggunaan bahan api atau minyak, saya boleh katakan Honda Insight ialah kereta yang perlu diberi perhatian sekiranya anda ingin jimat duit minyak anda. Sepanjang perjalanan memandu Honda Insight bermula dari Petaling Jaya ke Port Dickson dan seterusnya Melaka dan pulang semula ke Petaling Jaya, penggunaan minyak hanyalah separuh daripada isian penuh. Saya sendiri terkejut dan kagum dengan kebolehan kereta Hybrid Honda Insight daripada segi penjimatan bahan api.

honda insight

Tetapi apa yang membuatkan saya tidak berapa gemar ialah sistem penghawa dingin turut dimatikan sekali dengan enjin apabila kereta berhenti. Contohnya ketika berhenti di lampu isyarat kerana Honda Insight dilengkapi dengan fungsi auto-stop dan auto restart bertujuan untuk menjimatkan penggunaan minyak. Kalaulah musim panas dan lampu merah terlalu lama sudah tentu berpeluh pemandu.

honda insight

Saya sudah biasa memandu pelbagai jenis kereta memandangkan ayah saya seorang jurujual kereta. Boleh saya katakan memandu Honda Insight tidak jauh bezanya dengan memandu model kereta Honda yang lain. Umum sedia maklum yang Honda memang terkenal dengan ciri-ciri pemanduan yang berkualiti.

Rekaan badan

Kebiasaannya orang ramai akan melihat kepada rekaan luaran sesebuah kenderaan sebelum membeli. Ramai yang suka akan rekaan Honda Insight dan tidak kurang juga yang mengatakan ianya hodoh. Honda Insight ialah kereta empat pintu dan terdapat dalam beberapa pilihan warna, putih, biru dan kelabu. Honda Insight mempunyai rekaan yang agak slick tapi tidaklah terbaik bagi saya. Secara peribadi saya sukakan warna putih kerana tampak elegan dengan gaya aerodinamiknya. Daripada pemerhatian saya, ramai wanita dan gadis lebih gemar kan warna biru.

honda insight

Kualiti binaan Honda Insight bagus seperti kereta Honda yang lain kerana kita tahu kereta buatan Jepun mempunyai kualiti binaan yang baik. Saya tidak dengar apa-apa bunyi yang pelik seperti bahagian-bahagian kereta yang longgar ketika memandu.

Prestasi

Tidak cukup syarat kalau uji pandu kereta tapi tidak menguji ke tahap maksimum. Honda Insight cuma kereta 1.3 liter seperti MyVi tapi dipasangkan dengan motor eletrik (1.3L i-VTEC engine + Integrated Motor Assist) dimana kemampuannya seperti kereta 1.6 liter. Secara logiknya lagi besar kapasiti silinder enjin lagi berkuasa sesuatu kenderaan. Dengan Honda Insight saya mampu cecah 170KM/h ketika memandu di lebuhraya. Saya tidak berminat untuk bercerita betapa lajunya kereta ini mampu pergi kerana Honda Insight bukan sebuah performance car. Apa yang lebih menarik perhatian saya ialah fungsi kawalan elektronik pada enjin, pendikit, masa penyalaan dan suntikan bahan api, kebolehan enjin bertindak balas dengan corak pemanduan.

honda insight

Fungsi ini dikenali sebagai ECON mode pada Honda Insight. ECON mode bertindak mengawal enjin dan perisian kawalan CVT untuk mengabaikan perubahan kecil pada pendikit yang dibuat pemandu. Contohnya saya terpaksa tekan lebih pada pedal minyak untuk menambah kelajuan kereta. Fungsi ini bagus untuk memberikan kita pemanduan yang sekata.

Honda Insight juga dilengkapi dengan ECO Assist untuk penambahbaikan pada penggunaan bahan api. Ini boleh dilihat pada paparan muka Honda Insight. Latar belakang speedometer akan berubah warna. Biru bermaksud corak pemanduan anda teruk. Hijau bermaksud corak pemanduan anda mesra. Pemandu juga boleh melihat tentang penggunaan bahan api di atas graf bar yang dipaparkan pada paparan muka Honda Insight seterusnya memperbaiki pemanduan agar lebih ekonomi.

Semasa dua hari satu malam memandu uji Honda Insight saya lebih suka memandu dalam ECON mode kerana lebih lancar dan seronok. Dengan jalan yang berliku, turun-naik bukit saya mampu capai penggunaan minyak sebanyak 20KM/L. Agak susah untuk sentiasa memandu dalam keadaan Hijau tapi tips daripada saya pandu lah dengan kelajuan sekata.

honda insight

Memandangkan Honda Insight sebuah kereta Hybrid semestinya anda tertanya tentang kemampuan bateri yang diguna pakai. Jangan risau kerana bateri yang diguna pakai bermutu tinggi dan mempunyai 5 tahun waranti. Satu-satunya kereta yang mempunyai waranti bateri paling lama, Honda Insight.

Kawalan dan keselamatan

Dari aspek kawalan kereta, saya rasakan steering Honda Insight agak ringan apabila membuat pusingan. Apa yang saya maksudkan terlalu ringan bagi lelaki seperti saya. Saya lebih suka steering pada kereta Civic atau Accord. Namun kawalan kereta ini masih baik.

honda insight

Honda Insight juga di datangkan dengan brek antilock (front disc/rear drum), beg udara di bahagian hadapan kiri dan kanan dan juga dibahagian tepi. Kereta buatan luar memang tidak dapat dinafikan ciri-ciri keselamatan yang ada memang mantap. Sesuatu yang kita susah nak jumpa pada kereta tempatan.

Rekaan dalaman

Rekaan dalaman sesebuah kereta memainkan peranan penting memberi keselesaan kepada pemandu dan penumpang. Tinggi rendah seseorang pemandu tidak menjadi masalah kerana Honda Insight dilengkapi dengan steering boleh laras dan tempat duduk pemandu juga boleh dilaras mengikut ketinggian pemandu.

honda insight

Ruang tempat duduk belakang agak sempit bagi mereka yang tinggi. Jika anda pernah menaiki Gen2 anda faham apa yang saya maksudkan. Kepala anda mungkin terhantuk lantai bumbung jika melalui jalan yang tidak sekata. Tambahan pula, tempat duduk di bahagian belakang keras. Tidak ergonomik untuk penjalanan jauh.

Satu lagi masalah yang saya hadapi ketika memandu Honda Insight ialah memandang cermin belakang. Rekaan bahagian belakang Honda Insight yang mempunyai ‘split’ di bahagian tengah memberi sedikit gangguan ketika memandang cermin belakang. Keseluruhannya, saya sukakan rekaan bahagian dash Honda Insight tapi tidak pada bahagian belakang.

Kesimpulan
Honda Insight ialah kereta berteknologi tinggi dan harganya yang tidak terlalu mahal.

Pro:
Harga yang berpatutan, penjimatan minyak yang bagus, pengalaman memandu yang menyeronokkan.

Con:
Tempat duduk belakang kurang ergonomik, enjin yang sedikit bising apabila memecut.

honda insight

Rujukan anda: Respon di Facebook Oh! Media (album) | Respon di Facebook Oh! Tidak


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *