Categories
Ada Apa? Editorial Superb!

Oh! Selamat Tahun Baru Cina. Ini Contest Untuk Anda dari Petronas

Masa berlalu amat pantas tanpa sempat menunggu kita semua. Sedar tak sedar, Tahun Baru Cina pun dah kembali. Perayaan ini sememangnya muhibbah kerana disambut seluruh rakyat Malaysia. Seluruh rakyat Malaysia dapat cuti dan pulang ke kampung. Bagi mereka yang berbangsa cina, tentulah ini perayaan paling dinanti-nantikan setiap tahun. Bagi mereka yang berbangsa Melayu, India dan lain-lain, tentulah mengambil peluang ini untuk pulang ke kampung merehatkan minda.

Tidak kurang juga ramai yang dapat angpow dan buah limau. Ini yang paling menarik bila tibanya perayaan Tahun Baru Cina ini.

Petronas semamangnya telah sinonim dengan imej iklan komersil yang hebat setiap kali datang apa sahaja sambutan perayaan di Malaysia dan setiap perayaan pastinya iklan dari mereka yang dinanti-nantikan di kaca televisyen. Berikut adalah iklan komersial sempena Tahun Baru Cina oleh Petronas bagi tahun 2012 ini.

TVC Petronas pada tahun ini bertajuk “Coming Home”. Rakaman tvc ini telah dilakukan di Malaysia, England, Belgium, China dan India di mana melihatkan bangsa cina yang walaupun telah merantau jauh di negara lain dan berada jauh dari tanah air sendiri, tetapi masih lagi mengekalkan perayaan tradisi mereka setiap tahun.

Pada perayaan Tahun Baru Cina kali ini juga, Petronas dengan bangganya menyediakan satu contest hebat untuk disertai. Anda hanya perlu ambil gambar yang bertemakan “Reimagining Energy” di mana membawa makna terhadap perayaan Tahun Baru Cina tahun ini.

Terdapat 5 kategori untuk para peserta iaitu professional, Amateur, Phones, Students dan PETRONAS staff. Wah, staff pun boleh sertai nampaknya!

Ketika post ini kami keluarkan, telah lebih 97 keping gambar dihantar oleh para peserta. Cubalah mana tahu kalau ada rezeki? Nak tahu hadiah apa yang mereka sediakan?

Untuk menyertai atau mengetahui maklumat lanjut tentang contest ini, anda boleh ke Facebook rasmi mereka.

OHTIDAK: KAMI PUN DAH SUBMIT BEBERAPA KEPING GAMBAR. KALAU ADA REZEKI BOLEH LA MENANG.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *