Categories
Kemalangan

Oh! Polis Kemalangan Langgar Tiang Lampu di Terengganu

Kami di Oh! Tidak juga seperti anda yang sukakan gambar-gambar dari kejadian yang rare. Gambar ini kami terima dari seorang pengirim tidak beridentiti yang berasa pelik bagaimana boleh ada kemalangan di jalan lurus di sebuah daerah di Terengganu. Bila sampai ditempat kejadian, bertambah pelik bila dapat tahu yang kemalangan tersebut adalah sebuah kereta polis. Lebih teruk lagi jeep milik Polis tersebut melanggar tiang lampu hingga tumbang. Apapun Alhamdulillah, kerana tiada nyawa yang terkorban.

Gambar lebih dekat..

Kemalangan seperti ini boleh berlaku pada sesiapa sahaja walaupun di jalan yang lurus. Apapun gambar ini tetap rare kerana melibatkan anggota polis. Tapi tidaklah begitu rare dan teruk macam kemalangan yang melibatkan Helang Lebuhraya. Ada dua kemalangan yang pernah kami keluarkan di Oh! Tidak sebelum ini melibatkan evo polis ini.

Kemalangan 1 | Kemalangan 2

Apapun sentiasalah berhati-hati di jalan raya.

OHTIDAK: POLIS YANG DAH DILATIH HEBAT DALAM PEMANDUAN PUN BOLEH KEMALANGAN, APALAGI ORANG BIASA. JADI JANGANLAH NAK BERLAGAK HERO ATAS HIGHWAY WAHAI RAKYAT MALAYSIA. NANTI NYAWA ANDA JUGA YANG MELAYANG. LEBIH PARAH LAGI, NYAWA ANDA TAK MELAYANG, TAPI NYAWA ORANG LAIN YANG MELAYANG OLEH KERANA KEBODOHAN ANDA DALAM PEMANDUAN.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *