Beberapa hari lalu, kami menerima tempahan barangan kami. Tujuan pembelian barangan ini memang sengaja dilakukan dengan tujuan bagi dijadikan hadiah contest untuk diberikan kepada anda. Terima kasih kepada pihak Pisauseramik.com yang dapat mengirimkan kepada kami dengan baik sekali. Dengan packaging yang menarik, 5 bilah pisau Seramik ini selamat sampai ke tangan kami.

Secara peribadi, kami amat mengagumi pisau ini kerana keunikan, keharmonian rekaannya dan betapa tajamnya pisau ini dalam menguruskan segala kerja di dapur kami. Lebih menarik, kami dimaklumkan yang pisau ini tidak perlu diasah kerana ianya tidak akan tumpul, ianya juga tidak akan berkarat dan pendek-kata, anda boleh gunakan sampai bila-bila.

Kalau baca di website mereka, berikut adalah apa yang menariknya dengan pisau seramik ini.

“OK! Penjelasan mudah. PISAU INI SENTIASA TAJAM! jika tumpul, saya pulangkan wang anda. Pisau Seramik diperbuat daripada zirconim dioxide (zirconia) antara bahan mineral terkeras didunia. Ia menjadikan mata pisau SENTIASA tajam dan TIDAK PERLU diasah. Lebih baik dari itu mata pisau seramik TIDAK AKAN karat. Pisau Seramik adalah teknologi moden kulinari dan penyediaan makanan dibawa ke dapur rumah anda!” – PisauSeramik.com

Melihat kata-kata mereka, ianya amat meyakinkan kami. Tapi oleh kerana kami nak buktikan sendiri benar atau tidak dakwaan mereka mengenai pisau seramik ini, kami sendiri cuba menggunakannya dan video di bawah adalah aksi percubaan kami yang sempat dirakamkan.

Dan untuk maklumat anda, pisau ini berharga RM70 untuk 1 set. Untuk itu kami di Oh! Media ingin memberikan 3 set pisau ini kepada mereka yang bertuah sempena dengan sambutan ulangtahun ke-3 Oh! Media yang akan berlangsung sedikit masa lagi.

Contest yang kami anjurkan seperti biasa pastinya amat mudah dan tidak akan menyusahkan anda. Anda hanya dikehendaki memberikan komen paling baik mengapa anda benar-benar mahukan pisau ini. Ya, itu sahaja yang perlu anda lakukan! Mudah bukan?

Tiga (3) Respon yang paling menarik dan dilengkapi dengan ‘effort’ yang tinggi, secara automatik akan menerima sebilah pisau seramik ini yang kami akan hantarkan terus ke rumah anda. Maklumat lengkap mengenai Pisau Seramik ini dan apa kelebihan Pisau Seramik ini berbanding pisau yang lain, anda boleh rujuk di website mereka, www.pisauseramik.com

Contest ini dibuka bermula sekarang dan akan berakhir pada 15 Januari 2012 tepat pada jam 12 Tengahari. Keputusan akan diumumkan pada 16 Januari 2012 tepat jam 12 tengahari. Tiada sebarang syarat untuk menyertainya. Selamat mencuba!

P/s: Jika anda mempunyai produk yang menarik dan anda rasa layak untuk dikeluarkan di mana-mana website terbitan Oh! Media, sila hubungi kami di support@ohmedia.my

KEPUTUSAN:

Setelah beberapa hari contest ini berlangsung, dan hari ini selepas hampir 1 bulan baru kami umumkan pemenangnya. Maaf di atas kelewatan untuk mengumumkan nama pemenang ini. Untuk pengumuman pemenang kali ini, kami tidak akan sebutkan nama, tetapi kami akan muatkan screenshot komen mereka di bawah ini. Jika komen anda tersenarai di sini, anda adalah yang paling bertuah antara lebih 400 komen yang kami terima. Sila hubungi kami melalui email support@ohmedia.my untuk menuntut hadiah anda. Pastikan anda menggunakan email yang sama seperti email yang digunakan semala mmenulis email bagi tujuan pengesahan. Keputusan ini telah dibuat oleh dua orang editor kami.

Seorang lagi pemenang, akan kami pilih untuk mereka yang terawal menghubungi kami melalui email dengan menghantarkan screenshot komen miliknya sendiri. Semua orang masih berpeluang untuk menang. Lakukan sekarang!

Update: Berikut adalah pemenang ketiga yang terawal menghantar screenshot komennya sendiri kepada kami.

Tahniah kami ucapkan!

Diminta kepada para pemanang untuk menghantarkan nama penuh, alamat, dan nombor telefon anda kepada kami sebelum 20 Februari 2012 ini atau hadiah anda akan ditarik semula.

Terima kasih kepada semua yang menyertai contest mudah di Oh! Tidak ini. Jika bukan anda yang menang, mungkin bukan rezeki anda. Rajin-rajinlah bersama kami di Facebook untuk tidak terlepas sebarang contest seperti ini.

Related Posts

Oh! Koleksi Rumah Terbuka Stesen Minyak. Hanya 20 Sen!

Oh! Yamaha 135LC Custom

Oh! Ubah Tong Sampah Menjadi Rumah

Oh! Perdana Menteri Memandu Teksi?

Oh! Barang Kemas Orang Kaya

“Syukur Anak Saya Selamat dan Terima kasih Kepada Semua” – Ibu Wan Aisyah


Comments

Reply comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *