Kes laman Facebook palsu yang menyamar sebagai Nur Amalina Che Bakri menjadi semakin hangat selepas itu tersebut muncul di dalam akhbar Harian Metro, semalam. Di dalam petikan akhbar tersebut ada memberitahu yang ibu kepada Nur Amalina memberikan tempoh seminggu untuk pemilik akaun palsu tersebut memadam semula akaun tersebut atau tindakan undang-undang akan diambil.

Bila jadi kes seperti ini, kami sendiri berasa pelik apa motif si pemilik akaun palsu Nur Amalina itu. Adakah hidupnya terlalu bosan sampai bertindak mencipta satu akaun palsu dan menyamar sebagai Nur Amalina? Apa niat sebenar pemilik akaun palsu tersebut? Mungkin sahaja sengaja ingin menangguk di air yang keruh.

Apapun berikut adalah screenshot yang sempat di ambil oleh seorang pembaca Oh! Tidak di mana Nur Amalina Che Bakri yang sebenar telah tampil kepada profile tersebut dan menasihatkan pemilik page tersebut secara baik dan meminta agar profile palsu tersebut dapat dipadam. Kami suka baca komen Nur Amalina ini kerana nampak sangat professional.

nur-amalina-palsu

Tapi malangnya respon yang diberi pemilik profile palsu tersebut amat mengecewakan. Ianya jelas sengaja ingin mempermainkan Nur Amalina.

Komen dan post tersebut telah dipadam oleh pemilik profile palsu tersebut beberapa minit selepas screenshot ini diambil. Pesanan kami kepada pencipta profile palsu Nur Amalina tersebut, dude…. get a life~

– screenshot dari Mahzuz Imran.

OH! TIDAK: SANGGUP PERUNTUKKAN MASA MENYAMAR SEBAGAI ORANG LAIN. SUMPAH HODOH GILA PERANGAI. KEPADA AMALINA, NASIHAT KAMI ANDA BERDIAM DIRI SAHAJA. LAMA-KELAMAAN ISU INI AKAN TAMAT DAN SEPI DAN JADIKAN APA YANG BERLAKU SEBAGAI SATU PENGAJARAN.

Related Posts

Oh! Ron95, Diesel Naik 20 Sen Tengah Malam Ini

Oh! Pembaling Batu Ke Kereta di Taman Connaught Berjaya Ditangkap

Oh! Kes Baling Batu Dari Jejantas Taman Connaught

Oh! Melayang Gaya Epic Ketika Mencuri Minyak

Oh! Isu Empat Finalis Miss Malaysia World Beragama Islam

Oh! Isu Murid Makan Dalam Tandas (Kisah Sebenar)


Comments

Reply comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *