Categories
Ada Apa? PSA

Oh! Jauhi sebarang premis atau barangan dengan logo halal bukan dari JAKIM

Lepas ini diharap rakyat Malaysia yang beragama Islam lebih prihatin terhadap logo halal bila nak masuk ke mana-mana premis menjual makanan mahupun ingin membeli apa-apa jenis makanan berbungkus. Ini kerana bermula 1 Januari 2012 lalu, hanya logo halal yang dikeluarkan oleh JAKIM sahaja yang disahkan penggunaannya di Malaysia. Logo-logo halal lain tidak sah kerana ramai yang menyalahgunakan logo halal selain yang dikeluarkan JAKIM. Sebelum ini kita selalu mendengar, logo halal selain dari keluaran JAKIM selalunya boleh dibeli tanpa memerlukan sebarang tinjauan.

KUALA LUMPUR – Walaupun tarikh wajib penggunaan logo Halal Malaysia keluaran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bermula hari ini, masih banyak premis terutamanya yang menjual makanan terang-terang mencabar pihak berkuasa dengan mempamerkan logo keluaran syarikat swasta yang sudah diharamkan penggunaannya.

Tinjauan Jakim mendapati hampir 1,900 premis masih menggunakan sijil halal yang diharamkan seperti Halal Food Council S.E.A, Islamic Food dan Research Council dan IFANCA International.

Pengarah Hab Halal Jakim, Hakimah Mohamad Yusuf berkata, tindakan tegas akan diambil memandangkan tempoh mendapatkan logo Halal Malaysia sudah mencukupi.

“Mereka yang ingkar berdepan dengan tindakan denda sehingga RM250,000 bagi organisasi dan RM100,000 bagi individu atau tiga tahun penjara atau kedua-dua sekali ,” katanya kepada Kosmo! Ahad baru-baru ini.

Tindakan tegas itu sudah berkuat kuasa mulai hari ini melalui Akta Perihal Dagangan 2011 selepas sidang Parlimen pada Julai lalu memutuskan hanya logo Halal Malaysia sahaja yang dibenarkan. – Kosmo

Berikut adalah link untuk isu yang sama di Buletin Utama TV3.

OH! TIDAK: KITA PERLU LEBIH PRIHATIN DENGAN SEBARANG MAKANAN YANG MASUK KE MULUT KITA SENDIRI. BENDA YANG JADI DARAH DAGING NI JANGAN DIPANDANG REMEH.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *