Categories
Sengal

Oh! Samsung Tidak Tiru Apple?

Sejauh manakah kebenaran yang dikatakan Apple kononnya Samsung banyak meniru produk mereka?

Apapun kami petik semula status yang kami keluarkan di Facebook:

Apple saman Samsung dan Samsung pula saman Apple. Hakikatnya, Apple masih memerlukan teknologi Samsung kerana masih bergantung kepada beberapa komponen penting rekaan Samsung bagi penghasilan produk Apple dan Samsung pula memerlukan Apple untuk menggunakan komponen mereka bagi mengelakkan syarikat mereka kerugian ber’billion dollar. Beginilah hebatnya dua kuasa besar teknologi ini yang professional bergantung antara satu sama lain. Isu saman tetap saman, tetapi isu itu tidak dicampur-aduk dengan urusan perniagaan mereka yang terjalin dengan amat baik sekali sekian lama.

Yang rugi di sini, pengguna Samsung dan Apple yang lebih-lebih pula bergaduh dan bertekak berbeza pendapat membezakan ini lebih baik dan itu lebih baik. Padahal, kedua-duanya hebat cuma yang membezakan hanya sistem operasi mereka, iOS dan Android di mana kedua-dua sistem operasi ini mempunyai penggemarnya yang tersendiri (ikut kesesuaian pengguna). Jadi, jangan bergaduh lagi dan kata ini bagus, itu tidak. Bila ada orang berkongsi tentang Android, pengguna iOS sila senyum sahaja dan bila pengguna Apple berkongsi tentang iOS, pengguna Android pun boleh senyum sahaja tanpa perlu mengatakan ini bagus, itu tidak yang akhirnya akan membawa kepada pergaduhan. Ini kerana masing-masing punya pendapat yang tersendiri dan kita haruslah menghormati pendapat peribadi orang lain jika kita mahu orang menghormati pendapat kita.

Kredit artikel untuk Majalah 9.

OH! TIDAK: TERLALU BANYAK PERSAMAAN YANG JELAS BOLEH NAMPAK. SAMSUNG SEPATUTNYA HADIR DENGAN IDEA YANG BARU DAN TIDAK BERSELINDUNG DISEBALIK BAYANG-BAYANG APPLE.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *