Semua orang kenal siapa Ultras Malaya. Satu kumpulan yang sentiasa menyokong Malaysia walau apa jua berlaku. Kita menang atau kalah, mereka tetap duduk dibangku penonton dan berteriak memberi sokongan dan semangat kepada semua pemain bolasepak Malaysia.

Tapi ada sedikit perkara yang tidak sedap untuk didengar. Kepada penyokong tegar Malaysia atau lebih dikenali sebagai Ultras Malaya, ada baiknya jika anda semua tukar lirik dalam lagu anda kerana ianya agak biadap menyamakan negara orang dengan Anjing. Masih banyak masa sebelum ianya menjadi isu.

Lirik mereka:

Ultras Malaya, ekor Harimau Malaya
Ultras Malaya, ekor Harimau Malaya
Kami turun ke Bukit Jalil
Satu jiwa sokong Malaysia
(Nama negara) anjing.. dibunuh saja!

Adalah lebih baik part “Anjing” atau “Hanjing” itu ditukarkan kepada ayat yang lebih baik dan beradap. Apa perasaan anda bila orang menyamakan anda atau negara anda dengan anjing? Kalau tak marah, itu maknanya anda memang tak punya perasaan.

Kita rasa marah bila orang luar gelarkan Malaysia sebagai anjing. Jadi kami rasa, kalau kita sendiri gelarkan orang lain sebagai anjing, tiada bezalah antara mereka dan kita. Anda mungkin boleh tegakkan benang yg basah, tapi kami bertindak secara rasional dengan bukti 🙂

Kepada pihak pentadbiran Ultras Malaya, sikap rasional anda diperlukan untuk menyelesaikan perkara ini. Ianya telah lama berlaku dan sampai bila ianya akan diteruskan? Itu sahaja yang tidak sedap, selainnya teruslah maju untuk Ultras Malaya bagi mengembalikan kegemilangan penonton untuk menyokong pasukan negara kita sendiri.

OH! TIDAK: TEGURAN INI UNTUK KEBAIKAN ULTRAS MALAYA DAN SEMUA RAKYAT MALAYSIA.

Related Posts

Oh! Ron95, Diesel Naik 20 Sen Tengah Malam Ini

Oh! Pembaling Batu Ke Kereta di Taman Connaught Berjaya Ditangkap

Oh! Kes Baling Batu Dari Jejantas Taman Connaught

Oh! Melayang Gaya Epic Ketika Mencuri Minyak

Oh! Isu Empat Finalis Miss Malaysia World Beragama Islam

Oh! Isu Murid Makan Dalam Tandas (Kisah Sebenar)


Comments

Reply comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *