Akhirnya selesai sudah perlawanan yang dinanti-nantikan. Perlawanan akhir untuk Sukan Sea ke-26 yang berlangsung di Indonesia. Perlawanan akhir bola sepak ini menemukan Malaysia dan Indonesia. Setelah seri satu sama sehingga minit ke-90, perlawanan berlarutan ke masa tambahan selama 30 minit tetapi kedua-dua pasukan masih gagal mencari gol kemenangan. Akhirnya pemenang ditentukan melalui sepakan penalti yang penuh debaran.

Untuk yang tak sempat menyaksikan bagaimana sepakan penalti berlangsung dan secara rasmi memberi kemenangan kepada Malaysia, video ini untuk anda.

Kemenangan Malaysia ini pastikan memberi satu tamparan hebat kepada ramai penyokong Indonesia di luar sana. Seperti biasa, perang cyber pastinya akan bermula setiap kali pertemuan dua pasukan yang selalu sahaja berbeza pendapat ini. Setakat artikel ini kami tulis, telah 3 website dilaporkan digodam oleh mereka.

Janganlah begitu. Kalah menang adat dalam permainan. Biarlah kalah dengan bermaruah. Apapun tahniah kepada pasukan Indonesia kerana menampilkan permainan yang amat bertenaga sekaligus memberi tentangan dan pengalaman hebat kepada skuad muda bola sepak Malaysia.

OH! TIDAK: TAHNIAH HARIMAU MUDA MALAYSIA!

Related Posts

Oh! Koleksi Rumah Terbuka Stesen Minyak. Hanya 20 Sen!

Oh! Yamaha 135LC Custom

Oh! Ubah Tong Sampah Menjadi Rumah

Oh! Perdana Menteri Memandu Teksi?

Oh! Barang Kemas Orang Kaya

“Syukur Anak Saya Selamat dan Terima kasih Kepada Semua” – Ibu Wan Aisyah


Comments

Reply comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *