Sejadah merupakan sehelai kain pelapik yang bersih dari segala kekotoran yang dijadikan alas bagi penganut Islam mengerjakan solat lima waktu setiap hari. Apapun pelbagai kisah yang dapat kita lihat dan baca tentang sesuatu yang berkaitan dengan sejadah.
Kita selalu digemparkan dengan pelbagai penampakan tersembunyi yang disorokkan pada corak di atas sejadah. Ada lambang botol arak apabila dilipatkan, ada lambang salib dan pelbagai lagi. Jika sekali, mungkin kita boleh kata tidak disengajakan. Tapi kejadian seperti ini telah berlaku banyak kali dan masih tidak diperdulikan.
Kali ini kami menerima email mengenai sejadah ini dari seorang pembaca Oh! Tidak. Suratan atau kebetulan, cubalah anda tentukan sendiri.
Lagi gambar..
Bagaimana? Sangat halus bukan?
Artikel ini sengaja ingin mengajak umat Islam agar lebih berhati-hati dengan pemilihan kain sejadah ini. Ingatlah, jika bukan secara kasar, mereka akan cuba secara halus. Kalau bukan pada anda, mungkin pada adik-adik dan anak-anak anda.
OH! TIDAK: KALAU NAK BELI SEJADAH, TAK PERLU CARI YANG BERCORAK-CORAK SANGAT. LAGI BAGUS KALAU SATU WARNA SAHAJA.
Comments