Categories
Kemalangan

Oh! Gambar dan Video pertembungan keretapi dan lori minyak di Sabah

KOTA KINABALU: Sebuah kereta api dalam perjalanan dari Stesen Tanjung Aru ke Papar merempuh sebuah lori tangki di lintasan berhampiran sebuah stesen minyak di Petagas dekat sini petang tadi.

Kejadian kira-kira 5.30 petang tadi itu menyebabkan letupan kuat dan sekurang-kurangnya enam orang cedera dengan pemandu lori tangki berkenaan patah kaki.

Asap tebal akibat letupan itu boleh dilihat dari jarak sehingga lima kilometer. Berikutan rempuhan itu, kereta api dan lori tangki berkenaan melekat dan masih berada di landasan.

Video:

Menurut Hot FM yang menghubungi wartawan TV3 di sana, 18 orang telah terkorban tetapi di akhbar dan Buletin Utama mengatakan tiada yang terkorban cuma ada yang tercedera sahaja. Mana satu yang benar mana satu tidak, kami mengharapkan tiada yang terkorban dalam kemalangan ini.

OH! TIDAK: SCARY!


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *