Categories
Kemalangan

Oh! Pergaduhan Selepas Tamat Perlawanan Piala Malaysia 2011

Ibarat kata pepatah, rumah siap pahat berbunyi yang membawa maksud walaupun sesebuah perkara tu dah selesai, tapi bau tahi masih dapat dihidu. Begitulah apa yang berlaku di perkarangan Stadium Shah Alam semalam selepas tamatnya perlawanan Piala Malaysia 2011 yang menemukan dua pasukan gergasi, Negeri Sembilan dan Terengganu yang disudahi dengan kemenangan Negeri Sembilan kepada Terengganu dengan 2 berbalas 1.

Apapun sketsa bola sepak negara kita yang bermula dengan isu harga tiket, isu bakar mercun (rujuk gambar di atas) dan pelbagai ragam lagi tidak tamat di situ. Selepas tamat perlawanan, heboh pula dengan isu pergaduhan di perkarangan stadium. Kata mereka, ada seorang penyokong Negeri Sembilan telah membakar bendera negeri Terengganu.

Sejauh mana kebenaran tuduhan ini, mereka yang berada di Stadium Shah Alam sahaja yang tahu. Kepada budak pendek akal yang konon hebat sangat bila dapat membakar bendera negeri orang tu, padan dengan muka anda kerana sengaja mencari pasal. Dah menang tu tak perlu la nak buat kecoh macam tu kan dah tak pasal-pasal lebam sana-sini.

+ Respon pembaca di Facebook Oh! Tidak.
+ Respon pembaca di Facebook Oh! Media.
OH! TIDAK: KALAH MENANG ADAT PERMAINAN. SEBAGAI PENYOKONG YANG MENANG SORAK DAN KEPUASAN, TAK PERLULAH ANDA NAK BERIA-IA SANGAT SAMPAI AKHIRNYA ANDA YANG MENDERITA.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *