Wanita bertudung tetapi tidak bertudung dengan cara yang betul pastinya sudah amat sebati dengan rakyat Malaysia. Ada yang bertudung tapi berbaju ketat, ada yang bertudung tetapi memakai legging, dan lebih teruk lagi ada yang bertudung tetapi memakai seluar pendek.
Apapun alasannya, sukar diterima jika timbul rasa bersalah untuk berpakaian begitu dikhalayak ramai. Pemikiran yang terlalu sentiasa memandang positif, kelak merosakkan lagi apa yang telah rosak.
Gambar di bawah ini kami terima melalui email. Katanya wanita ini bertudung tetapi berseluar pendek di khalayak ramai. Dia tidak kenali siapa, dan kami pun tidak kenal siapa kerana wajahnya tidak kelihatan. Kami pasti begitu juga dengan anda semua. Cuma, jadikan ianya satu pengajaran agar anda yang wanita tidak mencontohi tabiat yang anda lihat ini kerana ianya merosakkan imej wanita melayu lebih-lebih lagi imej wanita Islam. Hati-hati kerana apa yang anda anggap ringan, sebenarnya itulah yang besar dan itulah yang menjahanamkan.
Pesanan dari pengirim:
Salam.bkn nk malu kn tp tlg la tunjuk kt umat islam yg lain.jgn mnutup aurat dngan sekadar bertudung..pakai tudung tp pakai suar pndek. Dari Zarul.
Kami lebih gemar merumuskan wanita yang berpakaian seperti ini hanya kerana tidak sempat nak set rambut, atau rambut banyak kutu. LOL!
Comments