Categories
Kemalangan

Oh! Pemandu Lori

Segelintir pemandu lori di negara kita memandu kenderaan mereka tanpa menghiraukan penguna-penguna jalan raya yang lain terutamanya pembonceng motosikal dan juga kanak-kanak sekolah yang sentiasa menggunakan jalan raya tersebut sebagai laluan utama untuk ke sekolah.

Tidak dinafikan kebanyakkan laluan yang digunakan oleh pemandu lori akan lebih cepat rosak walaupun ianya masih baru diturap. Peratus kemalangan di negara kita berpunca dari lori pasir dan juga lori kayu yang membawa lebih muatan demi semata-mata mengejar trip mereka. Walaupun bahan yang mereka bawa ditutup dengan kanvas ianya cuma sebagai syarat sahaja.

Kami menerima gambar kemalangan yang kerap berlaku di sebuah kampung kubang pasu, Kedah. Walaupun papan tanda yang telah disediakan oleh penduduk tempatan sebagai peringatan kepada pemandu lori di kawasan tersebut agar lebih mengurangkan kelajuan lori mereka di kawasan tersebut apa bila lalu di kawasan tersebut, ianya masih tidak diendahkan oleh mereka.


Lagi gambar..



OH! TIDAK: PAPAN TANDA BUKAN PENGHALANG UNTUK MEREKA MENGEJAR TRIP. :bloody:


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *