Categories
Ada Apa? PSA

Oh! Terima Kasih TM kerana bertindak segera

Beberapa hari lalu, kami ada keluarkan satu artikel berkenaan gambar jalan yang berlubang dan hancur kerana tidak ditampal dengan baik oleh pihak TM dan kontraktor terlibat. Kerosakan jalan tersebut telah menyusahkan ramai penduduk terdekat dan ada antara mereka yang terlibat dengan kemalangan, kebocoran tayar motosikal dan pelbagai lagi.

Dari artikel tersebut, pelbagai aduan lain yang diberikan melalui bahagian komen dan ramai yang kami lihat, adalah pihak yang berkaitan dengan TM. Apapun, email yang terbaru kami terima ini benar-benar menyenangkan hati kami dan ramai orang lain. Tidak kiralah ianya feedback dari aduan yang kami keluarkan atau secara tidak sengaja, apa yang pasti ianya pasti menyenangkan hati banyak pihak.

Terima kasih TM!

As-salam,

Hi Semua..aku nak inform kat Oh Media..ni gambar aku baru ambik..ptg semalam balik keja..terkejut tgok jln nih dah di betulkan dlm masa 2 hari selepas isu nih kuar kat web Oh Media..adakah secara kebetulan?? ..atau disebabkan post oh media ttg perkara ini..Allahualam..walau apa pun..aku nak ucapkan terima kasih kat Oh Media sbb sudi melayan rungutan hamba yg hina ini..bukanlah nak mengaibkan sesiapa..cuma untuk pengajaran..kehkeh..dan untuk TM-Unifi or kontraktor TM siapa2 lah pun….terima kasih byk2..jasa mu tetap ku kenangg..TM mmg terbaekk..aku dah guna TM nih..sejak dari zaman dial-up.sampai ar la nih..staf2 TM..jgn ar marah2..takkan lah aku nak buat fitnah ttg TM pulak…apa ker paedahh nyer aku dpt..kalau dpt duit takpe gak kann…kehkeh..dah dpn2 mata tgok van TM-Unifi buat kerja..teguran membina..tak salah kan..sampai disini saja yer..(rasa mcm send email kat awek lak)Terima kasih sekali lagi..Goooooooo TEAM MALAYSIAAAA..

Dari Soul8888

Gambar sebelum:

Gambar selepas:

Diharapkan, banyak jalan lain yang telah digali dan tidampal tidak sempurna dapat diperbaki dengan baik bagi tidak menyusahkan penduduk setempat dan sesiapa sahaja yang melalui jalan-jalan yang terlibat.

OH! TIDAK: IA SEBENARNYA KESILAPAN KECIL SAHAJA DARI TM JIKA INGIN DIBANDINGKAN DENGAN PELBAGAI USAHA TM MEMBAWA KELAJUAN INTERNET YANG SEMAKIN LAJU KE MALAYSIA.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *