Categories
Superb!

Oh! 7 ahli politik wanita tercantik di dunia

Bukan mudah untuk seorang wanita menjadi ahli politik atau sebagai pemimpin politik. Tahniah kami ucapkan pada wanita yang berjaya mencebur diri di dalam bidang politik yang rata-ratanya dikuasai oleh orang lelaki. Wanita yang berpolitik selalunya adalah wanita yang bijak dan layak menjadi pemimpin. Lebih advantage lagi jika ianya pemimpin yang bukan sahaja bijak, malah cantik penciptaanNya.

Berikut adalah 7 ahli politik wanita paling cantik yang dapat disenaraikan.

7. Julia Bonk , Germany

ohtidak pemimpin cantik

Julia Bonk (lahir 29 April 1986 di Burg bei Magdeburg, Jerman Timur) adalah ahli politik Parti Kiri dalam Landtag dari Saxony. Terpilih pada usia 18, ia menjadi ahli termuda parlimen di Jerman.


6. Yuri Fujikawa, 29, Japan

ohtidak pemimpin cantik

Yuri Fujikawa adalah seorang ahli politik tempatan di Kota Hachinohe, Wilayah Aomori. Dia masih bekerja sebagai model hingga kini disamping tugas sebagai ahli politik. Ada beberapa kontroversi mengenainya bukan kerana kecantikannya tapi kerana bintang filem lucah menggunakan namanya.

5. Mara Rosaria Carfagna, 35, Italy

ohtidak pemimpin cantik

“Mara La Bella” adalah Minister for Equal Opportunity of Italy. Pernah menjadi model dan showgirl. Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi pernah berkata: “Jika saya belum berkahwin saya akan menikahinya secepatnya”.

4. Alina Kabaeva, 27, Russia

ohtidak pemimpin cantik

Alina Kabaeva adalah bekas ahli gymnast yang paling berjaya di Rusia. Dia telah memenangi 18 pingat di Kejohanan Dunia, 2 pingat Sukan Olimpik dan 25 pingat Kejohanan Eropah. Dia bersara pada tahun 2007 dan memasuki Parlimen Rusia sebagai ahli parti pro-Putin. Ada khabar angin yang mengatakan Perdana Menteri akan meninggalkan isterinya untuk menikahi Ana, namun kenyataan itu ditolak oleh mereka berdua.

3. Anna-Maria Galojan, Estonia

ohtidak pemimpin cantik

Anna-Maria Galojan adalah salah ahli politik yang paling popular dan tokoh masyarakat di Estonia yang selalu mendapat liputan media. Galojan adalah kombinasi dari kecantikan, fashion, dan gaya. Dia telah mencuba diri dalam industri filem akhir-akhir ini membintangi filem oleh penerbit Estonia Toomas Verrev. Ketika dituduh mencuri wang dari Estonia Gerakan Eropah, dia protes dengan tampil telanjang di cover majalah Playboy.

2. Orly Levy , Israel

ohtidak pemimpin cantik

Orly Levy (lahir pada 11 November 1973) adalah seorang ahli politik Israel yang masa ini merupakan anggota Knesset untuk Yisrael Beiteinu. Dia sebelumnya bekerja sebagai host dan model televisyen.

1. Nurul Izzah Anwar, Malaysia

ohtidak pemimpin cantik

Nurul Izzah telah dipilih oleh Parti Keadilan Rakyat untuk bertanding di kawasan Parlimen Lembah Pantai menentang Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (Barisan Nasional) dan calon bebas N. Periasamy dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008. Beliau memenangi kerusi itu dengan mendapat 21,728 undi berbanding calon BN 18,833 undi dan calon bebas 489 undi dan menyandang kerusi tersebut hingga kini.

+ Dihantar kepada kami melalui email oleh Ikhwan Ali Wazani.
+ Tiada source sebenar artikel dikeluarkan.

OH! TIDAK: UNTUNGLAH SIAPA YANG MEMILIKI MEREKA SEBAGAI ISTERI. CANTIK, BIJAK DAN BERKEPERIBADIAN, LELAKI MANA YANG TIDAK MAHU?


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *