Categories
Ada Apa? PSA

Oh! Isu Kerosakan Jalan Akibat Projek TM

Minta perhatian kepada Telekom Malaysia (TM) atau yang berkaitan untuk mengambil berat dengan laporan ini. Ianya adalah kejadian jalan yang dipecahkan tetapi ditampal secara sambil-lewa dan akhirnya mengakibatkan jalan yang rata menjadi hancur dan mendap dalam sebulan dua selepas ditampal. Kejadian ini bukan hanya berlaku di satu dua tempat, tetapi boleh dikatakan rata-rata jalanraya taman perumahan di Kuala Lumpur ini terjejas teruk.

Dari email yang kami terima:

As-salam,

Hi semua..ni gambar aku ambik kat depan rumah aku.,sblum jln ni jadi mcm nih..elok jer jalan nih..rata..

Tapi beberapa bulan lepas TM Net-Unifi buat kerja pasang kabel bawah jalan nih..pas buat dier org tempel balik lubang nih..tak smpai sebulan dah jadi mcm ni..

sekarang lubang nih kalau hujan..mmg bertakung ar air..pastu batu2 kecik bersepah .dah beberapa kali org tayar motosikal pancit kat jln ni..harap leh tolong post kan.nak g tahu kat org TM nih.. Lokasi : Taman Permai Jaya, Ampang

Terima kasih.

Dari: Soul8888

Adakah perkara yang sama terjadi ditempat anda?

– Oh! Media, Prihatin.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *