Categories
Sengal

Oh! Fitnah Paderi Kembali Lagi

Sejak beberapa tahun lalu, sentimen berkaitan agama dan bangsa sering dijadikan bahan untuk memecah-belahkan negara kita yang tercinta ini. Mereka hanya tulis sekali dan sayangnya, yang membantu menyebarkan fitnah mereka adalah orang Islam di negara ini sendiri yang kononnya “berjuang” untuk agama. Walhal apa yang dia sebarkan, adalah tidak benar sama-sekali dan hanya sekadar membantu pihak terbabit untuk membakar api permusuhan kaum di Malaysia.

Pernah terbaca post seperti gambar di bawah ini di mana-mana forum, email atau Facebook?


* klik gambar di atas untuk paparan saiz sebenar.

Jika pernah, anda perlu tahu apakah yang sebenarnya telah berlaku. Dari seorang yang kami rahsiakan namanya,

Salam sejahterah Pihak Oh Media.

Bermula 25 hb Ogos 2010, saya menyedari terdapat penyebaran mesej yang menggunakan Facebook, Blog, Forum dll dengan tajuk “Melayu Jahanam” “Jahanam Melayu” , “Paderi Melayu” “Paderi dari Singapore” dan sebagainya. Kandungan mesej tersebut menyatakan 1900 paderi Melayu tiba di Negeri Sembilan dan aktif Menyebarkan Kristian serta Mengunakan sihir. Mesej ini telah di sertakan gambar dua orang paderi sebagai rujukan. Hakikatnya, gambar tersebut sebenarnya telah di salah gunakan. Orang Kanan dalam gambar tersebut merupakan Paderi yang berasal dari sabah manakala paderi di sebelah kiri beliau berasal dari Indonesia. Jika di perhatikan beberapa orang di belakang, boleh di lihat beberapa paderi yang berkulit putih dan hitam. Kami bimbang jika ada orang cuba menabur fitnah bagi tujuan menyemarakkan api permusuhan antara penganut2 agama di Malaysia.

Dan pada september 2011, mesej fitnah ini idisebarkan semula. Saya merupakan warga sabah (lahad datu) memang mengenali paderi tersebut (gambar sebelah kanan). Hasil pemeriksaan saya mendapati, mesej berantai ini sebenarnya telah bermula sejak tahun 2007. Saya fikir,mesej fitnah ini setakat tahun 2010., tapi nampak gayanya, tahun 2011 pun terus tersebar.

Saya mohon kepada pihak Oh Media supaya membantu menghebahkan perkara ini kerana ia adalah fitnah belaka.

Regard
Unknown
Lahad Datu

Apa yang pasti, pengirim ini adalah seseorang yang bukan beragama Islam. Diharapkan dengan pendedahan ini, sesiapa yang terbaca artikel fitnah yang sengaja diada-adakan itu agar tidak lagi terus menyebarkannya. Ini kerana ianya tidak benar dan sengaja diadakan untuk memecahbelahkan hubungan baik masyarakat berbilang bangsa di negara kita ini.

OH! TIDAK: HATI-HATI KERANA BANGSA KITA AMAT RAPUH. PASAL BOLA SEPAK ENGLISH PUN BOLEH BANTAI BERTUMBUK DAN BERMUSUHAN


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *