Categories
Sengal

Oh! Lelaki Rogol Kerusi

HONG KONG – Empat anggota penyelamat Hong Kong terpaksa menghabiskan 4 jam di taman Lantian, Hong Kong untuk membebaskan kemaluan seorang lelaki yang tersangkut di salah satu lubang kerusinya sendiri.

Lelaki yang dikenali sebagai Le Xing, 41, membuat pengakuan bahawa kemaluan beliau tersangkut di situ kerana sedang melakukan onani. Beliau memasukkan kemaluannya ke dalam salah satu lubang kerusi tersebut dan tanpa disangka kemaluannya mengembang dan tersangkut di situ. Menurut Le Xing, beliau tidak dapat mencabut kemaluannya sehingga memaksanya menghubungi pihak polis untuk meminta bantuan.

Untuk membebaskan kemaluan lelaki tersebut, anggota penyelamat terpaksa membawa beliau bersama dengan kerusi besi sepanjang 2.5 meter itu ke hospital. Doktor yang merawat beliau mengatakan bahawa lelaki itu beruntung kerana tidak berlaku apa-apa kecederaan pada kemaluannya selepas dicabut dari lubang besi kerusi.

Menurut laporan polis, mereka mengsyaki bahawa lelaki tersebut adalah seorang yang kurang siuman dan mengidap penyakit gila seks.

OH! TIDAK: GILA GERSANG. DENGAN KERUSI PUN JADI.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *