Categories
Ada Apa? PSA

PSA: Nurmuniera Farisha & Siti Noor Atika, Remaja yang masih hilang. Keluarga rayu bantuan orang ramai

Dari email yang kami terima:

Assalamualaikum pihak Oh!Media.. saya peminat Oh! Media dan saya tahu bahawa pihak Oh! Media akan memberi pertolongan kepada insan yang memerlukan seperti saya.Saya di sini ingin menolong keluarga kawan saya yang telah kehilangan ahli keluarga pada tarikh 12.9.2011 dan sehingga hari ini masih belum ditemui. Butiran kehilangan seperti berikut:

Nama : SITI NOOR ATIKA BINTI HAMZANI.
Umur : 16 TAHUN-PELAJAR SMK FELDA CHEMOMOI.
Tempat : FELDA KEMASUL,TRIANG,PAHANG.
Nama Bapa :HAMZANI BIN MOHAMED.
Nama Ibu : HADIJAH BINTI HAMAD.
No Motor yang dinaiki : CCE 1003-KRISS 120 WARNA MERAH. Milik Saudara HAMZANI.

Butiran kejadian : Pelajar perempuan ini keluar rumah menaiki motosikal kriss bernombor plat CCE 1003 bersama seorang lagi pelajar perempuan yang juga HILANG dan masih belum ditemui bernama NURMUNIERA FARISHA BINTI NIZAM pada 12.09.2011 dan jam 5.30 petang dengan alasan untuk mengambil nota pelajaran. Tidak pulang kerumah selepas jam 11 malam. Kebiasaan pelajar ini berada di rumah sebelum jam 9.30 malam jika kerumah rakan atau ke sekolah. Minta pihak Oh! Media mengeluarkan artikel tentang kejadian ini dan menyebarkan kisah ini..

SAYA HARAP PIHAK OH! MEDIA DAPAT MENGELUARKAN ARTIKEL INI SERTA TURUT MENYEBARKANNYA..DISINI SAYA TURUT MEMBERI GAMABAR MANGSA….Jika ada maklum balas tentang kejadian ini boleh menghubungi abang mangsa di nombor : 01112978408 dan ayah mangsa : 0199262855..

TERIMA KASIH..

Terima kasih kerana membaca artikel ini. Jika anda semua mengetahui apa-apa mengenai kejadian kehilangan ini, harap dapatlah memberi pertolongan kepada ahli keluarga mereka. Hari ini hari mereka, esok lusa siapa tahu?


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *