Berikut adalah koleksi-koleksi lawak ciptaan seluruh dunia dan telah dimelayukan agar nampek lebih kretif dan mudah difahami. Semua koleksi lawak ini dihantar ke inbox kami, hi@ohmedia.my. Kami akan keluarkan segala koleksi lawak yang kami terima selama ini, pada setiap minggu. Bermula dengan artikel bahagian satu ini.

Lawak 1: Orang Sakit Jiwa & Anjingnya

Di sebuah hospital sakit mental, seorang doktor sedang memerhatikan para pesakitnya. Seorang pesakit kelihatan sedang menyeret sesuatu seolah-olah sedang membawa anjing peliharaan. Lalu doktor menghampiri pesakitnya tadi..

DOKTOR: Apa khabar anjing awak, sedang bawa dia pergi jalan-jalan ye..?
PESAKIT: Ni selipar lah doktor, bukannya anjing..
DOKTOR: Syukurlah kamu dah sembuh..

Doktor pun meninggalkan pesakitnya itu tadi. Lalu si pesakit tadi berbisik pada selipar buruk yang diseretnya,”hahaha…kita berjaya menipu doktor tu kan BLECKY..”.

Lawak 2: Pak Ali & Pari-Pari

Pada satu hari, Pak Ali pergi ke hutan untuk mencari kayu api. Pabila lalu kat kawasan tasik, Pak Ali tergelincir dan kapak buruknye terjatuh dalam tasik tu. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali.

Pari Pari: Kenapa dengan kau?

Pak Ali: Kapak aku terjatuh ke dalam tasik.

Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak perak.

Pari Pari: Inikah kapak kamu?

Pak Ali: Tidak.

Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak emas.

Pari Pari: Inikah kapak kamu?

Pak Ali: Tidak, kapak aku buruk sahaja.

Pari pari pun menyelam dan kembali bersama kapak buruk.

Pari Pari: Inikah kapak kamu?

Pak Ali: Ya, itulah kapak buruk aku.

Pari Pari Tasik suka sikap Pak Ali yang jujur itu lalu memberikan ketiga-tiga kapak itu kepadanya.

Pada hari lain pulak. Pak Ali berjalan di sekitar tasik yang sama bersama isterinya. Kali ni isterinye plak yang jatuh ke dalam tasik. Pak Ali susah hati. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali..

Pari Pari: Kenapa kau bersedih?

Pak Ali: Isteriku jatuh ke dalam tasik.

Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama Christina Aguilera.

Pari Pari: Inikah isteri kau?

Sambil menangis Pak Ali menjawab… “ya, itulah isteriku…”

Pari Pari pun marah, “Sungguh ku tak sangka, kau yang jujur satu masa dulu telah menjadi tamak”.

Sambil menahan pilu Pak Ali menjawab, “Aku bukan tamak, kalau aku kata ‘tidak’ pada Christina Aguilera… kau akan bawakan pula Britney Spears…kalau aku katakan ‘tidak’ juga, barulah kau bawakan isteriku…bila aku kata ‘ya’, kau akan berikan mereka bertiga padaku…”. Aku yang miskin ni tak mampu tanggung mereka semua”.

Lawak 3: Di mana wang itu?

Sebuah kumpulan gangster menghadapi masalah untuk mengutip wang perlindungan
dari peniaga. Ini kerana pihak polis sering membuat intipan dan tangkapan.
Ketuanya mengambil seorang bisu untuk mengutip wang tersebut. Pada pendapatnya,
tentulah polis sukar untuk menyoal siasat si bisu tersebut.

Maka si bisu pun mula mengutip wang dan berjaya memperolehi RM50,000.
Walaubagaimana pun, dia menyembunyikan wang tersebut di suatu tempat rahsia.
Maka pada hari yang telah ditetapkan, ketua gangster mengarahkan orang-orangnya
memanggil si bisu. Apabila dipanggil, si bisu itu berpura-pura tidak dapat berkomunikasi
dengan mereka. Lalu mereka pergi berjumpa dengan seorang pakar bahasa isyarat.

Gangster : Mana wang tu?

Pakar menunjukkan isyarat kepada si bisu…
Sibisu menunjukkan isyarat untuk “Aku tak tahu apa yang mereka katakan.”

Pakar bahasa isyarat memberitahu gangster tersebut. Dan gangster tersebut menghalakan
pistol ke arah kepala si bisu.

Gangster : Aku akan tembak kepala kau, bisu…

Sibisu menunjukkan isyarat “Duit RM50,000 tu aku telah sembunyikan di taman permainan
di bawah kerusi yang ketiga dari pintu masuk.”

Pakar bahasa pun berkata kepada ketua gangster, “Dia tidak tahu dimana wang itu dan kalau kau nak tembak-tembaklah…”

Lawak 4: Tahu dengan siapa awak bercakap?

Mansor memulakan hari pertama sebagai peguam di sebuah firma guaman masuk ke biliknya dia terus mencapai telepon.

MANSOR: Tolong buatkan saya kopi, cepat..!!

SUARA: Maaf, awak salah sambung, awak tahu dengan siapa anda sedang b’cakap.

MANSOR: Tidak..??

SUARA: Saya Pengarah Urusan firma ni..awak tahu..?

MANSOR: (berfikir sejenak)Tuan Pengarah tahu dgn sapa Tuan Pengarah b’cakap..?

SUARA: Tidak..awak saper..?

MANSOR: Tak tahu, bagus.(letak gagang)

Lawak 5: Masalah Pendengaran

Udin pergi berjumpa doktor mengeluh tentang isterinya yang sudah hilang pendengaran.

“Seberapa burukkah pendengarannya? ” tanya doktor.

“Entahlah, Doktor. Yang jelas saya mesti menjerit kalau nak berbual dengannya.”

“Okey, cuba buat macam nie. Berdiri sejauh 6 meter darinya, lalu katakan sesuatu. Kalau dia tak boleh dengar kamu, berdirilah lebih dekat sedikit darinya, lalu katakan yang kamu katakan tadi. Kalau dia tidak juga dengar, dekatkan jarak sedikit demi sedikit. Dengan begitu saya akan tahu berapa jarak maksima pendengarannya. ”

Maka, Udin pulang ke rumah dan mendapati isterinya sedang memasak di dapur. Dari jarak 6 meter ia berteriak, “Makan apa kita malam ini?” Tak ada jawapan.. Lalu dia jalan depan sedikit lagi, berhenti di jarak 5 meter dan menanyakan hal yang sama. Juga tak terdengar jawapan. Begitu juga pada jarak 3 meter.

Akhirnya, ia berdiri di samping isterinya.

“Makan apa kita malam ini?” katanya separuh menjerit.

Si isteri dengan mata yang berlinangan dengan air mata, lalu menjerit:

“Untuk keempat kalinya aku beritahu, KARI KAMBING!!!!”

Rupa2nya si Udin yg pekak!!!!

+ Kredit lawak ini kepada pencipta asalnya yang kami tidak ketahui siapa.

OH! TIDAK: SEKALI SEKALA LAYAN LAWAK BERTULIS NI, MENGANCAM JUGA! HEHE.

Related Posts

Oh! Pikachu

Oh! Koleksi Aksi Sengal Rider Yang Berjaya Dirakamkan

Oh! Kucing Hisap Nenen

Oh! Berbuka Puasa Dengan Box Motor

Oh! Bila Noob Edit Gambar

Oh! Kamera freemason


Comments

Reply comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *