UPDATE 2 DISEMBER 2011: KAMI DIMAKLUMKAN RARA ZIKRY TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH PADA JAM 8:30 MALAM (1 DISEMBER 2011) DI SUNWAY MEDICAL CENTRE. PEMERGIAN INI TELAH DISAHKAN OLEH RAKAN-RAKAN RAPATNYA DI TWITTER. SAMA-SAMA KITA SEDEKAHKAN ALFATIHAH DI ATAS PEMERGIAN RARA ZIKRY. SEMOGA ROH ARWAH BERADA BERSAMA GOLONGAN-GOLONGAN YANG BERIMAN.

_______________

Artikel ini adalah artikel meminta bantuan dari seluruh pembaca Oh! Tidak dan seluruh penyokong OH! Media untuk sama-sama membantu meringankan beban yang ditanggung Rara Zikry dan keluarga. Untuk yang tidak mengenali siapa Rara Zikry, berikut adalah kisah bagaimana satu kejadian yang tidak disangka telah mengubah kehidupan seorang hamba Allah yang diberinama Rara Zikry.

GAMBAR DIKELUARKAN SELEPAS PEMERGIAN ARWAH

Rara Zikry atau Zarith Nadhira Binti Mohamad Zikri (Rara Zikry). Mungkin ramai dah tau kisah dia. Cantik dan sempurna ciptaan Allah ni. Tapi dalam waktu yang singkat disebabkan serangan asma, hidup Rara terus bertukar 360 darjah. Siapa dapat sangkal kuasa Allah bila menghendakkan sesuatu terjadi? Bila tiba saat itu, kita tak dapat berbuat apa. Tentu ada rahmatnya. Percaya dan yakinlah.

On that date, 19th March 2010, Lanie, Rara and kawan-kawan yang lain plan nak spend time together. Alaaaa, biasala hujung minggu. Ada yang pergi camping, ada yang pergi shopping, ada yang pergi clubbing, but they choose to go for cycling. Diorang pergi kat area Mahkamah Shah Alam tak salah aku. Ada orang cakap tempat tu keras. Tak tahu lah, orang cakap. Semua tempat kat Shah Alam pon keras, nak nak rumah teres kat Seksyen 2 tu. Melayu buat terok sungguh. Eh, tapi Lanie pon pernah cakap tempat tu keras. Okay, back to our topic. Diorang pon enjoy cycling kat situ. Out of sudden masa tengah have fun, Rara terduduk and sesak nafas.

Yes, diorang sedia maklum tahu yang Rara ada asthma, dan mungkin ni asthma attack yang normal. Rara minta hantar dia pergi hospital terus sambil tahan sesak nafas tu. Masa kelam kabut tu, Lanie suruh kawan dia ambil kereta while Lanie tanya Rara nak dia buat CPR tak memandangkan Lanie tahu how to do it. Tapi Rara cakap tak payah and terus ulang minta hantar dia kat hospital. Masa dalam kereta Lanie sempat cakap-cakap lagi dengan Rara but then, Rara diam and mulut dia dah berbuih-buih. Sampai je hospital, doktor cakap dia dah koma. Lanie cakap doktor tu rasa masa dalam kereta dah kena dah. Imagine how will you handle the situation? Your BFF yang gelak sama-sama masa pagi tadi, now dah koma and the only thing you can do is stare at the weak body.

Masa Lanie pergi melawat Rara kat hospital, Rara masih koma. Masa Lanie nak balik, ada nurse nak tukarkan baju Rara. So Lanie nak geraklah balik rumah. Mungkin tak kena cara atau nurse bodoh bahlol bingai (bak kata Lanie) ni pergi tukar baju dengan kasarnya, Lanie nampak air mata Rara jatuh masa Lanie jalan balik. Lanie pon sedih tapi just jalan balik je lah. Kau nampak tak betapa hibanya situasi tu? Kawan kau yang koma tu keluarkan air mata masa kau berjalan pulang nak tinggalkan dia kat hospital tu, exactly waktu nurse salinkan baju dia. Bertambah kecewa, esoknya kau dapat tahu siku Rara retak! Rupanya! Dah kau nak syak siapa lagi kalau bukan si nurse yang buat kerja macam bebal tu? Siapa tak marah dan sedih?

Sebagai masyarakat disekeliling, mungkin tak banyak yang kita boleh lakukan. Tapi kita masih boleh berdoa, agar Rara kembali pulih, diringankan kesakitan yang dihadapi, semoga Allah menguatkan semangat keluarga Rara menghadapi ujian ini, dan tentunya mendoakan agar menjadi muslimin yang lebih baik lepas ni. Apa yang terjadi ni sebenarnya merupakan ingatan untuk kita semua. Ya Allah sesungguhnya engkau lebih mengetahui.

Dah setahun lebih Rara jatuh sakit sejak 19 Mac 2010. Banyak yang dah keluarga dia lakukan. Besar dugaan buat mereka. Ustaz pernah kata, kita diduga tanda Allah sayangkan kita. Syukurlah, tentu Allah sayangkan dia. Ya Allah Engkau berilah mereka ketabahan dan sembuhkanlah penyakit yang Rara hadapi.

Dan sebagai sesama muslim apa kata kita hulurkan sedikit sumbangan buat Rara dan keluarga bagi membantu perbelanjaan perubatan Rara yang bukan sedikit jumlahnya. Kalau ada kemampuan lebih mungkin boleh sumbangkan lebih.

Aku doakan Rara cepat sembuh, dan berupaya untuk senyum semanis-manisnya dan dapat habiskan kayuhan bersama teman-temannya yang tertangguh kelak! Amin.

GAMBAR DIKELUARKAN SELEPAS PEMERGIAN ARWAH

GAMBAR DIKELUARKAN SELEPAS PEMERGIAN ARWAH

cantik kan dia. mukanya manis jek… secantik model kelas pertama..ada juga ala2 jepun muka dia….. penuh gaya dan berketrampilan….. kini….dia bukan seperti dia yang dulu di sebabkan penyakit yang di alami dia terlentang di hospital. Semoga ALLAH melindungi dia dan family dia yang tabah. Mungkin ni semua adalah dugaan buat mereka….

GAMBAR DIKELUARKAN SELEPAS PEMERGIAN ARWAH

GAMBAR DIKELUARKAN SELEPAS PEMERGIAN ARWAH

GAMBAR DIKELUARKAN SELEPAS PEMERGIAN ARWAH

Source untuk rujukan anda:

1. Page rasmi bantuan untuk kos rawatan Rara Zikry.

2. Facebook Rara Zikry.

Related Posts

Terima Kasih

Oh! A. Samad Said Di Kehendaki Oleh Polis

Oh! Kekayaan ‘Bocor’ Kerana Kereta

Oh! 40,313 Ahli Kongsi Gelap Dan 49 Kumpulan Kongsi Gelap Didedahkan Oleh KDN

Oh! Penjelasan Isu “Rancangan Menghapuskan Sultan?”

Oh! Rancangan Menghapuskan Sultan?


Comments

Reply comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *