Mungkin ramai yang telah sedia maklum mengenai riots yang sedang melanda London pada ketika ini. Dan ini kisah pelajar Malaysia yang diserang. Asyraf Haziq yang berusia 20 tahun dibelasah dan dirompak di dalam serangan tersebut. Secara kebetulan, video kejadian tersebut dirakam oleh seseorang dan terus memuat-naiknya di Facebook. Dalam beberapa jam selepas itu, video tersebut terus mendapat perhatian dan kritikan satu dunia.
Apa kisahnya dengan Asyraf Haziq?
Kasihan. Cedera nampaknya dibahagian dagu dan total lost di bahagian gigi. Kasihan dia.
Rusuhan bermula di London tiga hari lalu selepas seorang lelaki ditembak mati oleh polis di Tottenham, utara London dan merebak ke banyak bandar. Rusuhan turut berlaku di Bayswater yang menempatkan Malaysia Hall, tetapi hanya kejadian kecil berbanding di tempat lain.
Semalam, rusuhan menyaksikan kumpulan pemuda yang membakar dan mencuri, merebak ke bandar lain termasuk Birmingham, Liverpool. Bristol dan Manchester.
+ Gambar ehsan dari Berita Harian.
Comments