Sempena dengan Hari Raya Aidil Fitri yang akan menjelma beberapa minggu sahaja lagi, pihak senQ telah mengadakan satu promosi menarik iaitu Heboh-Heboh Raya. Mungkin ramai yang dah perasan mengenai promosi penjimatan ini melalui iklan di televisyen dan akhbar. Alaa,iklan yang ada Nabil berlakon tu.

Heboh-Heboh Raya ini menjanjikan penjimatan rebet tunai setinggi RM500 dengan setiap pembelian. Sebagai contoh, jika anda membeli salah satu dari lebih kurang 80 produk yang layak untuk menerima cash rebate dengan harga RM999 hingga RM1999, anda akan menikmati penjimatan sebanyak RM100 dan akan berterusan untuk pembelian setinggi RM5000, anda akan menerima penjimatan sebanyak RM500.

Untuk smartphone dan barangan IT pula, rebet tunai bermula RM50 sehingga RM250 akan diberikan (harga rebet separuh dari harga barangan elektrik). Dengan rebet tunai yang diberikan ini, secara logiknya, tiada alasan untuk sesiapa sahaja yang ingin membeli barangan elektrik kegunaan hari raya ini untuk tidak memilih senQ. Tiada pihak lain yang akan memberikan penjimatan setinggi ini kecuali yang dilakukan Senheng dan senQ. Jadilah ahli PlusOne di senQ untuk menikmati semua penjimatan ini tanpa sebarang prejudis.

Kalau kami nak beli apa-apa barangan elektrik, pasti akan terus menuju ke senQ dan juga Senheng, Pandan Jaya. Apa sahaja alatan elektrik yang besar di office kami ini, memang datangnya dari senQ. Sebelum adanya promosi seperti ini lagi, mereka sememangnya telah menyediakan penjimatan untuk ahli PlusOne. Tidak susah untuk menjadi ahli PlusOne. Hanya perlu mengisi borang dan kad ahli anda siap dalam masa beberapa minit. Bertanya pada krew senQ yang bertugas dan mereka pasti akan membantu anda.

Selepas pendaftaran selesai, on the spot anda akan dapat penjimatan semasa pembayaran dilakukan. Kami menerima penjimatan RM400 semasa kami membuat pembelian Samsung Smart TV, penjimatan setinggi RM300 untuk Samsung LCD TV dan penjimatan RM250 untuk air-cond. Bukankah ini cara orang yang bijak berbelanja? Memang tinggi sebenarnya penjimatan yang diberikan mereka. Ini yang membuatkan Senheng semakin menjadi pilihan utama para pengguna di Malaysia.

Berbalik kepada artikel, promosi Heboh-Heboh Raya ini akan bermula dari 1 Julai 2011 dan berterusan sehingga 30 September 2011. Jadi, kalau terdengar sahaja sesiapa ingin membuat pembelian barangan elektrik atau anda sendiri ingin membeli barangan elektrik, cubalah menuju ke Senheng atau SenQ terlebih dahulu. Untuk maklumat lanjut, layari web mereka berkenaan promosi ini di www.senheng.com.my/senq/hariraya2011 atau search “senQ” di Facebook.

OH! TIDAK: SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA UMAT ISLAM DI MALAYSIA.

Related Posts

Oh! Toyota Vios 2013

Oh! Contest Strongman – Menangi Wang Tunai Berjumlah RM5000 Sekarang!

Oh! Honda Civic Generasi Ke-9

KeretaMoto.com : Sumber Automotif Utama Anda

Oh! Air Durratusyifa Ditenagakan 30 Juzuk Ayat Al-Quran dan Doa-Doa Syifa

Oh! Menangi Philips AquaTouch dan koleksi Tshirt Oh! Media #philips50shaves


Comments

Reply comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *