Categories
Editorial

Oh! Bagaimana menjana pendapatan di internet

Apa itu internet? Ramai yang hanya tahu menggunakan internet sebagai tempat perkongsian maklumat dan sebagainya. Menjana pendapatan dengan internet adalah salah satu jalan perniagaan yang menjimatkan masa dan jugak menjimatkan kos serta mampu menghasilkan pulangan yang besar jika kena caranya.

Ramai yang tahu negara kita mengalami masalah kekurangan tawaran pekerjaan. Tidak ramai yang tahu usahawan muda pada zaman ini hanya memilih internet sebagai medium perniagaan mereka.

Sebagai contoh Firdaus Latib merupakan salah seorang usahawan internet yang berjaya pada usia muda. Beliau berkongsi maklumat dan juga menerangkan teknik menjana pendapatan dengan mengunakan kemudahan internet melalui ruangan blog beliau dengan amat baik sekali..


*Tips mempromosi yang amat berguna.


*Rahsia menjana pendapatan yang telah di kupaskan oleh beliau.


*Teknik membina blog secara berperingkat.

Di dalam ruangan blognya, ada menerangkan beberapa teknik dan tips yang berguna seperti SEO (Search Engine Optimization), Theme, Tutorial, Plugin dan mengutamakan isi kandung sesebuah blog dan cara-cara menjana pendapatan mengunakan internet. Untuk membaca blog saudara Firdaus Latib, anda boleh terus ke blog’nya melalui link berikut: www.firdauslatib.com.

Dalam hadith Nabi pun ada mengatakan bahawa perniagaan adalah punca rezeki yang baik. 9 dari 10 datangnya rezeki adalah dari perniagaan. Bakinya adalah dari sumber pencarian yang lain.

Itu sahaja sedikit tips yang dapat kami kongsikan kepada anda para pembaca OH! Tidak untuk menjadi blogger yang berjaya. Alang-alang menyelup pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan. Hanya dengan sedikit minat dan ditambah dngan usaha, insyaAllah usaha anda akan memberikan hasil yang anda sendiri tidak jangkakan.

Untuk menghubungi saudara Firdaus Latib, anda boleh menghubunginya melalui blognya atau di akaun Facebook miliknya yang juga terdapat banyak ilmu yang dikongsikan termasuk perkongsian ilmu dari lama-laman lain turut diselitkannya.

OH!TIDAK: TIADA APA YANG MUSTAHIL. APA YANG PENTING HANYA DIRI KITA SAHAJA SAMAADA INGIN BERMULA ATAU MASIH DUDUK DIAM. BERUSAHALAH!


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *