Categories
Editorial

Oh! Pertandingan Rekacipta logo KVMRT

Rasanya ramai yang dah sedia maklum tentang projek LRT terbaru Malaysia, iaitu Klang Valley My Rapid Transit (KVMRT). Ianya adalah sebuah projek bagi menampung kehendak pengguna kenderaan awam menjelang tahun 2020 nanti.

Untuk itu, mereka dengan besar hati membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk sama-sama menyertai pertandingan yang mereka adakan. Pertandingan tersebut adalah pertandingan mencipta logo bagi KVMRT yang akan dilancarkan itu nanti. Hadiahnya bukan sikit malah lebih 21 hadiah bernilai RM50,000 untuk dimenangi termasuk hadiah utama bernilai RM10,000 jika logo ciptaan anda terpilih sebagai pemenang.

Spec untuk rekaan logo tersebut seperti berikut:

Maklumat lanjut mengenai spec yang telah mereka sediakan, anda boleh refer melalui link ini.

Seperti banyak logo popular yang dapat kita lihat hari ini, kebanyakkannya simple dan mempunyai maksud yang mendalam dan kena dengan apa yang ingin dipersembahkan sesebuah syarikat tersebut. Lihat logo Google, Facebook dan banyak lagi. Lihat juga logo RapidKL yang begitu simple tetapi memberi maksud yang amat besar kepada sebuah jenama yang juga besar dan amat gah di negara ini.


Antara beberapa contoh dari lebih 3,000 penyertaan yang telah dihantar setakat ini.

Untuk menghantar logo rekaan anda, anda hanya perlu mendaftar di website mereka. Selepas selesai mendaftar, mereka akan menghantarkan satu link melalui email anda. Klik link tersebut dan ikutilah langkah seterusnya. Selepas proses upload logo anda selesai, jangan lupa ajak rakan-rakan di Facebook untuk vote logo anda. Proses undian hanya perlu menggunakan akaun Facebook sahaja.

Kami di Oh! Media juga ada menghantar satu penyertaan. Jika anda merasakan ianya releven dan menarik, vote la kami ya?


Logo 1

logo-2
Logo 2

Apapun untuk contest ini, anda cubalah yang terbaik dan jika ada rezeki, dapatlah anda menangilah hadiah hebat yang ditawarkan itu. Maklumat lanjut mengenai projek tersebut untuk rujukan semasa ingin mencari idea memcipta logo, boleh rujuk di www.kvmrt.com.my. Maklumat lain juga boleh diperolehi melalui Facebook Page.

Untuk melihat penyertaan yang telah dihantar setakat ini, anda boleh melihatnya melalui link ini. Mungkin dari situ, anda boleh jadikan penyertaan yang ada sebagai contoh/reference untuk penyertaan anda nanti. Penyertaan dengan undian tertinggi, akan dipilih sebagai pemenang. Pertandingan ini bermula dari 3 Julai 2011 sehingga 3 Ogos 2011. Satu tempoh masa yang lama untuk anda mencuba nasib dari kretiviti yang anda miliki.

Selamat mencuba!


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *