Dari email yang kami terima:

Assalamualaikum wbt,

Saya sekadar ingin berkongsi dengan Oh! Tidak mengenai satu gambar ini, ia di ambil ketika pengebumian arwah atuk saya di Pulau Pinang pada 23 Mei 2011 . Pada mulanya ketika saya upload gambar, saya sendiri tidak perasan…tetapi apabila ditegur oleh kawan-kawan pembaca… baru saya perasan. Gambar yang saya kirimkan ini seakan-akan disebelah jenazah arwah atuk saya kelihatan ada SESUATU… saya sendiri tidak pasti…

Untuk rujukan sila ke link ini dan perbesarkan gambar yang ke 8 dari atas.

Gambar yang dimaksudkan pengirim adalah gambar di bawah. Ya, memang nampak seperti ada sesuatu di atas kepala lelaki yang sedang ingin memasukkan jenazah tersebut ke liang lahad.

Kami dah cuba terangkan sedikit gambar, dan ini hasilnya..

Ada sesiapa yang tahu apakah yang berwarna putih di sisi jenazah tersebut? Apapun, apa jua jawapannya nanti, kami nak ucapkan takziah kepada pengirim dan keluarga yang tercinta di atas kehilangan Atuk yang disayangi. Kita semua akan pergi dan tiada siapa yang akan tertinggal. Jadi teruskanlah hidup dengan baik dan dekat dengan jalan Allah. Kami berpesan kepada diri sendiri. Sama-samalah kita.

Related Posts

Oh! Rumah Dalam Tandas

Oh! Budaya Gantung Patung Bawah Kereta

Oh! Kek Manusia

Oh! Beruang Tersangkut Di Tebing Jambatan

Oh! Tradisi Makan Serangga

Oh! Koleksi Kemalangan Tak Masuk Akal


Comments

Reply comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *